Cerita ArtisHiburan

“Kalau Dah Bercerai Tuh Jangan Laa Buka Aib Pasangan, Tak Elok… Nanti Aib Awak Terbuka Sekali” – Fara Mendoza

Di sebalik ‘perang’ media sosial antara Zarina Anjoulie & Eilyas Azhar, satu posting Insta Story yang dimuat naik pelakon Fara Mendoza turut mencuri perhatian.

Menerusi posting berkenaan, Fara memberi peringatan supaya pasangan yang sudah bercerai tidak membuka aib masing-masing.

“Kalau dah bercerai tuh jangan laaa buka alb pasangan. Tak Helok. Nanti aib awak terbukak sekali..

“Masing-masing ada kekurangan pernah buat silap. So please la move on je! Mungkin Allah nak uji,” tulisnya.

Jelas Fara, setelah tiada lagi hubungan suami isteri yang terjalin, setiap pihak tidak perlu mempertikaikan diri masing-masing.

Ujarnya, tiada istilah siapa kalah dan siapa menang dan harus menganggap apa yang berlaku itu tiada jodoh dan mungkin ada hikmah di sebaliknya.

“Kita tak tahu aturan Tuhan untuk kita. So orang luar pun (netizen) jangan suka jadik batu api! Jangan nak melaga-lagakan pasangan tuh lagi. Jangan suka cakap lebih-lebih tentang kehidupan orang.

“Takut apa yang kita cakap terkena kat kita balik one day. Kita tak tahu pun nasib idup kita macam mana akan datang. So jangan mudah judge orang! Jangan sibuk hal orang!” ujarnya.

Biarpun tidak menulis sebarang nama, kata-kata tersebut dipercayai seperti ditujukan kepada Zarina dan Yas.

Tambahan pula, sebelum ini hubungan Fara dan Zarina tidak baik, apatah lagi kedua-duanya pernah terbabit dengan kes saman-menyaman di mahkamah. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Fara Mendoza

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
4
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button