• FOLLOW US
Fashion, Gaya Hidup

Karya Emma Maembong ‘Hidup’ Atas Shawl

Tidak mahu mensia-siakan lukisan sketchnya, Emma Maembong berkolaborasi bersama adik-beradiknya dengan menghasilkan jenama shawl My Sketchbook Shawl by Emma Maembong.

Emma yang turut dikenali berbakat dalam bidang lukisan telah menghasilkan koleksi shawl terbaharu bermotifkan lukisan hasil kerja tangannya yang dicetak ke atas shawl.

“Saya memang suka melukis sampai penuh sketchbook, kemudian kakak saya bagi idea kenapa tak print hasil-hasil lukisan saya untuk diabadikan di atas shawl sebagai hadiah buat peminat. Jadi, terhasil My Sketchbook by Emma Maembong.

“Shawl-shawl ini dikeluarkan dalam jumlah yang terhad. Kalau dah habis satu-satu corak tu, kami memang takkan keluarkan lagi. Sebaliknya, kami akan perkenalkan corak yang baru,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran My Sketchbook by Emma Maembong yang diadakan di ibu kota, semalam.

Emma baru sahaja melancarkan jenama shawl My Sketchbook Shawl by Emma Maembong dalam satu majlis di sebuah hotel.

Emma turut mendedahkan dia mempunyai lebih daripada 500 buah buku sketchbook yang memaparkan hasil seni lukisan yang sudah dilukisnya sejak dia masih kecil lagi.

Sementara itu, kakak Emma, Yaya Maembong yang juga tulang belakang kepada penghasilan tudung-tudung berkenaan berharap koleksi shawl tersebut tidak hanya dihargai wanita bertudung sahaja, tetapi dalam kalangan pencinta seni lukisan yang mahu memiliki koleksi lukisan asli hasil tangan Emma sendiri.

“Idea mula tercetus apabila melihat Emma melukis, kami berbincang dengan adik-beradik kami yang lain untuk pastikan hasil lukisan Emma dapat dinikmati lebih ramai orang terutama sekali peminat setianya,” katanya yang bertindak menguruskan perniagaan tersebut bersama seorang lagi kakaknya, Khadijah Maembong.

Untuk koleksi kali ini, hasil lukisan bertemakan Budaya, Hibisco, Bumi Kita dan Seashell menjadi pilihan mereka untuk dipasarkan kepada peminat.

Harga setiap koleksi tudung ini bermula dari RM55 hingga RM99 dan boleh diperolehi menerusi stokis yang dilantik di seluruh Malaysia. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend