Cerita ArtisHiburan

Kehilangan Insan Tercinta, Bapa Afdlin Shauki Meninggal Dunia

Bapa kepada pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki iaitu Aksan Abu Bakar telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada pukul 2.57 pagi tadi.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri Afdlin menerusi Instagram miliknya dan meminta agar orang ramai memberi sedekah Al-Fatihah kepada arwah bapanya.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda tersayang kami En Aksan bin Abu Bakar telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Selasa 11/08/2020, pukul 2:57 pagi di HUKM, KL. Sama2 kita doakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan dgn golongan orang-orang yang beriman.

“Senyuman terakhir papa yg tak habis -habis membuat orang berasa tenang dan ceria. Tiada lagi Aksan bin Abu Bakar. Bapa kepada 10 orang anak. Suami kepada dua orang isteri. Bapa ku yg tercinta.

“Dia berpesan kepada ku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan yang pernah beliau lakukan kepada sesiapa yang mengenali beliau. Tolong ampunkan ye.. please! Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata yg beliau tidak ada rasa dendam atau sakit hati dgn sesiapa,” tulisnya.

Sebelum itu, bapa Afdlin telah menjalani pembedahan di pusat perubatan berkenaan. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan tentang penyakit yang dialami Allahyarham. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button