Cerita ArtisHiburan

Kelabu Dikaitkan LGBT, Yonny & Azlan Anggap Ia Sekadar Persepsi

Sejak video muzik rasmi Kelabu nyanyian Yonny Boii bersama Azlan The Typewriter dilancarkan pada minggu lalu, ia mendapat sambutan yang cukup hangat.

Bagaimanapun, di sebalik lagu berkenaan kini menjadi trending di YouTube, tanpa disangka-sangka ada segelintir yang menyatakan terdapat elemen LGBT yang dipaparkan.

Bagi Yonny selaku pencipta dan penyanyi lagu itu, dia enggan cepat melatah dan menafikan Kelabu cuba untuk mempromosikan ideologi tersebut.

“Kalau ada yang menganggap adegan yang terkandung dalam video muzik Kelabu berkaitan dengan LGBT atau apa sekali pun, itu hanyalah persepsi mereka semata-mata. Tidak ada kaitan pun sama sekali untuk mempromosi ideologi tersebut.

“Payung yang digunakan memang berwarna warni untuk melambangkan kehidupan yang pelbagai warna. Biasanya pelangi akan muncul selepas hujan dan menggembirakan sesiapa sahaja yang melihatnya,” jelasnya.

Sementara itu, Azlan yang menjadi gandingan Yonny untuk lagu berkenaan pula menjelaskan setiap lagu mempunyai cerita yang tersendiri.

“Begitu juga dengan Kelabu, meskipun hidup diselubungi pelbagai masalah. percayalah masih ada kegembiraan dan kebahagiaan yang akan dinikmati selepas itu.

“Mesej yang cuba disampaikan adalah setiap apa yang berlaku, perkara yang paling penting sekali jangan sesekali putus harapan,” ujarnya.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button