FilemTerkini

Kelaster… Tampilkan Kisah Seram Di Sebalik Pandemik Covid-19

Sewaktu berhadapan dengan pandemic Covid-19, sudah tentu banyak perkara yang terpaksa dilalui.

Bagaimanapun, apakah yang akan dilakukan sekiranya terkandas bersendirian di sebuah tempat selama berminggu-minggu dan diganggu kejadian seram?

Itulah yang cuba dipaparkan dalam sebuah telefilem terbaharu iaitu Kelaster yang akan menemui penonton di pawagam rumah anda, Astro First 480 mulas 24 September ini.

Penerbit Eksekutif Filem Kelaster dari D Alpha Legacy (M) Sdn Bhd, Sanjay Kumar Veerasingam menyatakan rasa gembira kerana telefilem pertama terbitan produksinya akan menemui penonton.

“Kami mendapat idea menghasilkan Kelaster setelah melihat apa yang berlaku ketika tempoh PKP yang lalu. Kemudian kami mengolahnya menjadi cerita yang menarik.

“Manakala tempoh sesi penggambaran hanya mengambil masa enam hari dan saya harus berikan pujian kepada kru dan barisan pelakon yang telah memberikan komitmen yang terbaik dalam menjayakan karya ini,” ujarnya.

Kelaster merupakan sebuah filem seram yang menampilkan pelakon-pelakon terkenal seperti Nora Danish, Azhan Rani, Achey, Amyza Aznan dan bintang Hero Remaja 2020, Meerqeen. Manakala Razif ‘Ajiboy’ Rashid bertanggungjawab sebagai pengarah, penulis skrip dan lakon layar.

Ia mengisahkan tentang Ain (Nora Danish) bersama Usop (Meerqeen) dan Zul (Achey) tidak dapat pulang ke kampung dan terpaksa duduk di kolej kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mereka telah diganggu dengan pelbagai kejadian pelik dan misteri. Lebih mendebarkan apabila mereka dapati telah berlakunya satu insiden ngeri sehingga setiap gerak geri seperti diperhatikan.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya teruja dengan kerjasama sulung ini dan tertarik dengan latar cerita yang dipersembahkan kerana mengangkat isu terkini dan segar untuk dipertontonkan.

“Kami percaya babak-babak di dalam filem pasti akan mengimbau kenangan penonton ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP). Antaranya, pengalaman terkandas dan tidak dapat pulang ke kampung, mengalami kisah seram, melakukan aktiviti popular seperti membuat video TikTok dan banyak lagi.

“Lebih istimewa, Kelaster menampilkan kemunculan semula pelakon Nora Danish menerusi filem selepas dua tahun serta kemunculan pertama kali pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020, Meerqeen. Kami harap, filem ini bukan sahaja mampu memberi hiburan kepada penonton semata-mata tetapi ia turut menyampaikan mesej dan nilai positif yang tersirat,” ujarnya.

Saksikan filem Kelaster di pawagam rumah anda, Astro First mulai 24 September 2020. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button