Cerita ArtisHiburan

Kelebihan Boleh Menyanyi, Ogy Pilih Syura Ganti Watak Hanna

Penerbit teater Korupsi Dewan Semandung, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy berkata pemilihan penyanyi Syura Badron adalah bertepatan dengan watak Hanna yang menuntutnya untuk menyanyi di pentas Istana Budaya.

Nama Syura dipilih pada saat-saat akhir bagi menggantikan peranan yang sepatutnya digalas oleh pendatang baharu, Hanna Halim menerusi teater terbitan syarikat milik Ogy, Ogy Ventures Network (OVN).

“Tahap piawaian saya sukar untuk dicapai dan pemilihan Syura adalah disebabkan pengalamannya yang lebih luas daripada Hanna malah ia satu kelebihan apabila dia boleh menyanyi dengan baik.

“Ia satu rahmat apabila Syura bersetuju menyertai keluarga teater kami ini. Saya pasti akan ada pihak yang buat spekulasi apa yang kami lakukan, tapi kami hanya mahukan yang terbaik untuk pementasan ini,” katanya kepada KopiPlanet.com sebaik berakhir sesi tayangan media teater Korupsi Dewan Semandung di Istana Budaya, Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, Syura berkata dia berbesar hati walaupun pada mulanya berasa sedikit ragu-ragu untuk menerima tawaran tersebut kerana tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang pementasan teater.

“Saya sangat berbesar hati kerana diberi peluang oleh pihak produksi untuk menyertai pementasan teater ini. Tanggungjawab saya amat besar, terus-terang saya katakan ketika mula-mula ditawarkan saya masih ragu-ragu untuk menerimanya.

“Saya belum pernah menyertai mana-mana pementasan teater sebelum ini, sebab itulah saya tidak membuat keputusan dengan cepat untuk menerima tawaran tersebut,” katanya.

Korupsi Dewan Semandung yang diarahkan Khir Rahman dibintangi ramai selebriti popular seperti Joey Daud, Tauke, Mark Adam, Vicha, Man Raja Lawak, Tapai, Azmi Caliph Buskers, Douglas Lim, Chi Wan, Sharif Zero dan Azrul.

Naskhah teater ini turut diserikan dengan kemunculan istimewa Mufti Perlis, Datuk Seri Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ia akan ditayangkan bermula 28 Februari hingga 1 Mac ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

Tiket berharga RM58, RM78, RM88, RM118, RM148, RM178, RM208 dan RM258 menerusi www.airasiaredtix.com. – KopiPlanet.com

View this post on Instagram

Morning guysss.. gewaamm jerr tgk geng september nie🤣🤣 @manrajalawak @chiwan_chilok @joey_daud .. today is the day.. tgu ape lg, cptttt dptkan tiket korg.. show bmula harini.. Dapatkan tiket di kaunter tiket di Istana Budaya & belian secara online www.airasiaredtix.com TEATER KOMEDI SERAM KORUPSI DEWANG SEMANDUNG Pada 28, 29 Februari & 1 Mac 2020 8.30 malam di Panggung Sari Istana Budaya terbitan OGY VENTURES NETWORK SDN BHD. Penerbit @kak_ogy , Pengurus Projek @shahirsulaiman36 , Arahan @kei_ramoss , Penulis skrip @aloyparadoks dan @rayzamukmin Dapatkan tiket di www.airasiaredtix.com . Pementasan ini dibintangi oleh, @drmaza_official @taukejambu_real @joey_daud @sharif_zero @thedouglaslim @markadam1079 @vicha_barbie @chiwan_chilok @chemat_rajalawak @syurabadron @azrulzaidi @tapai_86 @azmi_saat @manrajalawak . @korupsidewansemandung #ogyventuresnetwork #korupsidewansemandung #istanabudaya #kualalumpur #malaysia #arts #theatre #music #dance #teatermalaysia #international #media #teaterkomediseram . https://airasiaredtix.com/tickets/teater-komedi-seram-korupsi-dewan-semandung#tab-tickets @ Istana Budaya

A post shared by Korupsi Dewan Semandung (@korupsidewansemandung) on

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button