• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Kerana Pakcik Guard, Ramlah Ram Akhirnya Muncul Juara Bintang RTM

Penyanyi Ramlah Ram mendedahkan bahawa dia telah pergi ke uji bakat rancangan Bintang RTM pada tahun 1985 tanpa pengetahuan ahli keluarganya.

Menerusi pendedahan di saluran YouTube Indigital Music, penyanyi berkenaan memberitahu abangnya ada menyuruh dia menyertai uji bakat tersebut, namun dia menolaknya.

“Mula-mula abang suruh saya untuk pergi kerana dia mahu sangat melihat saya menyanyi di walau sekali dekat tv. Saya cakap macam mana nak menang sebab banyak orang lain kat KL tu lagi bagus.

“Mungkin saya tak pernah rasa confident dengan bakat yang saya ada. Pada mulanya abang saya suruh dan saya kata tidak. Tapi sebenarnya dalam senyap-senyap saya pergi juga,” ujarnya.

Dalam pada itu, terdapat kisah lain yang cukup menarik yang didedahkan tentang perjalanannya untuk menyertai pertandingan tersebut iaitu semasa sesi uji bakat.

Menaiki teksi dari Muar ke Melaka untuk menjalani uji bakat tersebut, Ramlah memberitahu dia hampir mahu balik kerana melihat terlalu ramai yang datang mencuba nasib.

“Kemudian pakcik guard depan saya tu cakap kenapa nak balik? Saya cakap ramai sangat dan mungkin tak dapat, namun dia menyuruh saya untuk cuba kerana rezeki dan nasib tiada siapa yang tahu.

“Kalau tak ada pakcik guard tu, mungkin saya tak ada kat sini sekarang kot. Terima kasih kepada pakcik tu. Jadi saya tak jadi balik,” katanya yang hadir seorang diri pada masa itu.

Menurutnya, dia bertindak untuk merahsiakan pemergiannya ke uji bakat berkenaan tidak mahu diejek oleh abang-abangnya sekiranya dia gagal.

Bagaimanapun, Ramlah memberitahu ahli keluarganya terutama sekali abangnya adalah orang yang paling gembira apabila dia berjaya dalam sesi uji bakat peringkat awal. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend