Cerita ArtisHiburan

Kesalahan Ugut & Rosak Harta Masjid, Bapa Bob Lokman didenda RM4,000

Bapa kepada selebriti Bob Lokman telah dikenakan didenda sebanyak RM4,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengugut pegawai masjid dan melakukan khianat dengan memecahkan harta masjid, November tahun lepas.

Menerusi laporan Bernama, Majistret Mohd Izzuddin Mohd Shukri menjatuhkan hukuman itu terhadap Lokman Ahmad, 83, atau lebih dikenali sebagai Ayah Man, selepas dia mengaku bersalah melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian, pada pukul 11.00 pagi,  21 November 2020.

Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh yang berkerusi roda itu didenda RM2,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama, Lokman didakwa telah mengeluarkan kata-kata ugutan dengan memberitahu Mohd Hanis Sulaiman, 34, bahawa dia ingin menetak dan menembak Muhammad Hafiz Hukmi Wardi, 39 iaitu penjaga amanah Masjid Tok Kenali.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah melakukan khianat dengan memecahkan pasu bunga dan memotong pokok-pokok bunga di kawasan Masjid Tok Kenali, sehingga menyebabkan kerugian lebih RM150 mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga tempoh tidak kurang satu tahun atau tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin, memohon tertuduh dikenakan hukuman yang setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Mohd Murtadza Mohd Mokhtar memohon agar mahkamah tidak menjatuhkan hukuman berbentuk pemenjaraan ke atas anak guamnya, dengan alasan tertuduh sudah berusia 83 tahun.

“Tertuduh juga menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi dan masalah pendengaran.

“Dengan membuat pengakuan bersalah ini, ia membantu mempercepatkan urusan semua pihak. Saya juga merayu agar tidak dikenakan hukuman penjara atas faktor penularan wabak Covid-19,” katanya. – KopiPlanet.com

Kredit artikel & foto: Bernama

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button