FilemTerkini

Kewujudan eWayang Mampu Jadi Platform Bantu Penerbit Filem

Ketika penutupan segera pawagam ketika ini, pastinya kewujudan platform seperti eWayang dilihat sebagai pilihan terkini, terutama sekali buat penerbit filem menayangkan filem-filem yang telah dihasilakan.

Menariknya, eWayang yang dicetuskan semasa berlakunya pandemik Covid-19 pastinya boleh menarik nafas lega kerana mendapat sokongan dan kerjasama daripada Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dalam usaha membantu penerbit dan mendapatkan pengisian filem di dalam platform tersebut. 

Sebagai sebuah platform penstriman video baharu,  eWayang bukan sahaja menawarkan kepada pengguna pilihan untuk menonton filem-filem tempatan kegemaran mereka tetapi juga dapat menjana pendapatan dengannya.

Pengarah Urusan eWayang, Azmi Ismail berkata, objektif platform eWayang turut membantu penerbit, pelakon atau sesiapa sahaja.

“Perbezaan ketara platform eWayang dengan platform penstriman video lain adalah sesiapa sahaja yang menonton filem di eWayang boleh menjana pendapatan menerusi ‘referral’. Sebagai contoh, anda beli tiket untuk tonton wayang di eWayang, anda akan mendapat ‘referral link’ yang boleh dikongsi dengan rakan-rakan, keluarga atau menerusi media sosial. 

“Sekiranya rakan anda berminat dan menonton filem menerusi ‘referral links’, anda akan mendapat komisen RM1. Bukan penonton sahaja dapat menjana pendapatan, tetapi penerbit dan juga pelakon turut boleh menjana pendapatan sampingan, sekali gus menjadikan situasi menang-menang antara orang ramai dan juga penerbit,” katanya.

Azmi berkata demikian semasa majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara eWayang dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) pada 2 Disember lalu.

Turut hadir ialah Presiden PFM, Pansha, Pengasas eWayang.com, Ismahanum Ismail dan Setiausaha Agung PFM, Zahrin Aris.

Setiap penerbit yang menayangkan filem mereka di platform eWayang tidak dikenakan sebarang caj tersembunyi dan setiap pembelian tiket pihak penerbit akan mendapat 50 peratus daripada harga tiket.

“Harga tiket untuk filem di eWayang berharga RM15 sahaja dan keuntungan setiap tiket akan dibahagi sama rata iaitu 50%-50%, jadi RM7.50 kepada penerbit dan RM7.50 kepada eWayang.

“Pihak eWayang juga akan menyalurkan RM1 setiap tiket kepada tabung COVID-19, maknanya penonton bukan sahaja dapat tonton filem tetapi juga dapat membuat amal,” katanya.

Selain itu, pihak eWayang juga tidak akan berhenti menyalurkan sumbangan sekiranya COVID-19 berakhir sebaliknya akan meneruskan kerja-kerja amal dengan menyalurkan bantuan kepada badan atau persatuan lain pula selepas ini.

Ketika ini, eWayang sudah pun menayangkan lapan buah filem dan bakal menayangkan lebih banyak lagi filem dalam masa terdekat ini.

Antara filem terbaru yang bakal ditayangkan di eWayang adalah Khurafat, Saya Amat Mencintaimu, Spinning Gasing, Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior, Jadi Juga, Kastil Tua, Senjakala di Manado, Bara dan Ciliwung Gudnite.

Penonton bukan sahaja boleh membeli tiket untuk sebuah filem sahaja, tetapi juga boleh membeli tiket untuk beberapa buah filem serentak menerusi pakej kombo yang ditawarkan yang mana harganya lebih murah.

Setiap pembelian tiket, penonton boleh menonton filem dalam tempoh 48 jam tanpa had. 

Jangan lepaskan peluang ini! Hanya dengan RM15 anda boleh berhibur sambil jana pendapatan. Untuk info lanjut boleh layari www.eWayang.com atau instagram @ewayangonline. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button