Cerita ArtisHiburan

Khai Bahar Menangis Ketika Hasilkan Video Muzik Ratuku

Kejayaan demi kejayaan diraih penyanyi berusia 25 tahun sepanjang tiga tahun bergelar anak seni. Malah, tidak boleh disangkal lagi, Khai Bahar antara pelapis kepada penyanyi lelaki terbaik sedia ada.

Selain memiliki vokal mantap dan merdu, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin bertuah apabila kesemua single yang dilancarkan diterima baik dan mendapat sambutan menggalakkan.

Setiap lagu yang dihasilkan juga mempunyai cerita tersendiri termasuklah single terbaru ini berjudul Ratuku yang diterbit dan diedarkan syarikat rakaman 17Eleven Music.

Khai berkata, lagu ciptaan Kanda (Khai Bahar), Dr Azrul Azlan dan Anwar Husaini dan lirik oleh Dr Azrul Azlan itu dihasilkan khas untuk Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi menimbulkan kesedaran orang ramai untuk membantu mereka yang mengalami sakit buah pinggang.

“Lagu ini bagi memberi kesedaran kepada orang ramai dalam membantu golongan yang memerlukan secara ikhlas. Apa yang menarik, dalam video muzik lagu ini saya menangis betul. Kiranya, lagu ini juga adalah single terbaru saya selepas lagu duet Satukan Rasa. Sama seperti lagu lain, saya tetap akan turun padang bagi mempromosikan lagu ini.

“Bagi saya, lagu ini bukan sekadar untuk hiburan halwa telinga, tapi ia memberi peluang kepada semua peminat untuk menghayati mesej positif sekali gus dapat menyumbang kepada golongan memerlukan,” katanya yang turut dilantik sebagai duta bagi Pusat Hemodialisis, Hospital Tuanku Fauziah, Perlis.

Menurut Khai yang juga pemenang kategori Penyanyi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABPBH 32) lalu, dia berharap lagu itu mendapat maklum balas baik dan video muzik menangkap hati penonton.

“Sudah semestinya menjadi harapan penyanyi supaya lagu mereka diterima baik. Sama macam kebanyakan lagu sebelum ini, saya tidak meletakkan harapan tinggi. Alhamdulillah, semuanya berjaya. Begitu juga dengan Ratuku, saya menyerahkan rezeki kepada Allah.

“Saya sudah buat yang terbaik dalam lagu ini. Saya sampaikan seperti mana apa yang diinginkan komposer. Malah, dalam video muzik saya cuba menjiwai sepenuhnya watak itu. Pengalaman berlakon dalam drama Satukan Rasa sedikit sebanyak membantu saya dalam video muzik ini,” katanya.

Majlis pelancaran serentak lagu dan video muzik Ratuku dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Yang Dipertua MAIPs.

Video muzik rasmi boleh di tonton di saluran Youtube Seventeen Eleven Music pada 11 Disember 2019 jam 9 malam dan lagu boleh didengarkan di semua platform digital bermula 12 Disember 2019. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button