AntarabangsaKpop

Kim Se-Jeong Minta Peminat Tidak Perlu Bimbang Tentang Hubungan Rapat Dengan Sehun EXO

Kim Se-jeong meminta supaya peminat-peminat tidak perlu berasa bimbang mengenai hubungan rapatnya dengan Sehun EXO.

Menerusi perkongsian di akaun media sosialnya, dia memberitahu mereka tidak perlu cemas sehingga menghantar mesej-mesej yang tidak baik kepada dirinya.

“Saya tahu sama ada ia adalah sesuatu yang perlu diberitahu atau tidak. Peminat saya tidak perlu bimbang kerana kami hanya akrab ketika penggambaran sahaja.

“Namun saya tidak pernah menghubungi Sehun di luar lokasi penggambaran. Semua hanya dilakukan ketika penggambaran Busted! Jadi, tidak ada yang terjadi di antara kami. Jadi jangan bimbang,” ujarnya.

Sejeong dan Sehun EXO terlibat dalam rancangan Busted! sejak musim pertama bersama beberapa artis popular lainnya seperti Yoo Jae-suk, Ahn Jae-wook, Kim Jong-min Park Min-young, dan Lee Kwang-soo. Marah, hubungan rapat kedua-duanya pun menarik perhatian ramai.

Mereka mengagumi keakraban Se-jeong dan Sehun sehingga mendapat jolokan Se-Se Siblings. Malah, ramai juga beranggapan mereka memiliki hubungan istimewa setelah sama-sama membintangi Busted!

Dalam pada itu, dia meminta peminat berhenti mengirimkan komen-komen negatif kepadanya, orang tuanya, dan orang-orang terdekatnya.

“Saya tidak pernah terfikir akan mendapatkan banyak DM (direct message) mengenai perkara ini. Mereka bahkan berkata mengenainya di akaun media sosial ibu bapa saya.

“Saya sebenarnya bimbang untuk membicarkan perkara ini, tetapi tolong jangan bimbang. Saya amat menghargai apabila adan boleh berhenti memberikan komen negatif,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button