EventHiburan

Konsert ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Bertemakan Perjalanan Hidup & Cinta Melalui Muzik Selama 40 Tahun

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan, “Aishah 40 Chapters of Love”, yang akan berlangsung pada 4 Julai 2026, jam 8.00 malam di Megastar Arena, Kuala Lumpur.

Konsert ini dianjurkan oleh Vox Nation Live ini merupakan konsert solo berskala besar pertama buat Dato’ Aishah, sebuah malam yang bukan sekadar persembahan, tetapi satu perayaan penuh emosi yang menghimpunkan cinta kenangan dan perjalanan seni beliau selama 40 tahun dalam industri muzik.

Malam Penuh Nostalgia Dengan Lagu-Lagu Ikonik

Mengangkat tema perjalanan hidup dan cinta melalui muzik, konsert ini bakal membawa penonton menyelusuri setiap “bab” dalam karier gemilang beliau.

Setiap lagu yang dipersembahkan bukan sekadar hiburan, tetapi kisah yang pernah hidup dalam jiwa para peminat.

Antara lagu yang pasti dinanti-nantikan termasuk “Janji Manismu”, “Camar Yang Pulang”, “Kemaafan Dendam Yang Terindah”, serta pelbagai lagi karya malar segar yang telah menjadi “soundtrack” kehidupan ramai rakyat Malaysia.

Cinta & Penghargaan Buat Peminat Tersayang

Menjelang konsert ini, Dato’ Aishah kini sedang giat melakukan persiapan rapi dari segi mental dan fizikal bagi memastikan setiap detik di pentas nanti benar-benar sempurna.

“Konsert ini adalah hadiah saya buat semua peminat setia yang telah bersama saya selama ini. Saya tidak sabar untuk kembali ke pentas dan berkongsi momen istimewa bersama anda semua.

“Saya harap setiap lagu yang dipersembahkan nanti akan mengimbau kenangan dan menyentuh hati, menjadikan malam itu satu kenangan yang tidak akan dilupakan,” ujarnya.

Penganjur Janjikan Pengalaman Konsert Bertaraf Tinggi

Ketua Pegawai Eksekutif Vox Nation Live, En. Shawn Chang menyifatkan konsert ini sebagai sebuah penghormatan kepada legasi seni seorang ikon negara.

“Dato’ Aishah adalah nama yang membentuk sejarah muzik Malaysia. Konsert ini bukan sekadar persembahan, tetapi satu pengalaman yang akan menyentuh emosi penonton dari awal hingga akhir.

“Kami mahu peminat merasai setiap detik, setiap lagu dan setiap kenangan yang dibawa ke pentas,” jelasnya.

Maklumat Tiket & Jualan

Tiket bagi konsert “Aishah 40 Chapters of Love” akan mula dijual pada 17 April 2026, jam 3.00 petang melalui laman web www.ticket2u.com.my/Aishah40

Kategori tiket:

● RM788 – VVIP

● RM488 – VIP

● RM488 – Janji Manismu

● RM388 – Sensation

● RM288 – Paradise

● RM238 – Kasih Kita

● RM198 – Pulanglah

● RM168 – Taman Keabadian

Rakan Media & Penaja Rasmi

Penganjur turut merakamkan penghargaan kepada rakan radio dan media rasmi seperti: Sinar FM, ERA FM, Mix FM, Lite FM, Gempak dan Meletop.

Satu Malam… 40 Tahun Cerita… Sejuta Kenangan…

Dengan gabungan vokal luar biasa, susunan muzik yang menyentuh jiwa dan produksi bertaraf tinggi, “Aishah 40 Chapters of Love” bukan sekadar konsert.

Ia adalah sebuah pengalaman yang bakal menghidupkan kembali kenangan dan mencipta momen baharu yang sukar dilupakan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button