EventHiburan

Konsert #ATASBIGJANSHOW Tampilkan 10 Band Terkenal Tempatan

Industri muzik tempatan untuk tahun 2019 bakal membuka kalendar dengan menampilkan Konsert #ATASBIGJANSHOW yang menampilkan 10 band terkenal tempatan.

Konsert yang dianjurkan oleh BijanFX Productions akan berlangsung di Bentley Music Auditorium pada 26 Januari 2019 bagi dengan meraikan 10 artis yang baru meriliskan album pada 2018 dan 2019.

“Idea asal konsert ini adalah untuk mempromosikan lagi rilisan-rilisan tempatan. Banyak wang, masa dan tenaga dicurahkan utk pembikinan EP serta album tetapi kurang mendapat perhatian berbanding melancarkan single sahaja.

“Kita mahu kembali menggalakkan pendengar membeli album dan dalam masa yang sama menggalakkan band-band untuk mengeluarkan album”, ujar Najib selaku penganjur.

Menurut Najib, Seven Collar T-Shirt misalnya merupakan salah satu tarikan utama bagi konsert ini. Mereka baru sahaja melancarkan album ke-4 mereka yang bertajuk ‘Murder’ pada bulan lepas dan ini merupakan persembahan konsert pertama mereka setelah hampir setahun kerana sibuk menyiapkan album tersebut.

Ujarnya, juga bakal menjadi tumpuan utama juga adalah Iqbal M., band yang bernaung di bawah Luncai Emas Sdn. Bhd. itu bakal melancarkan album sulung mereka pada bulan Febuari 2019 tetapi akan mencetak album mereka (terhad) khas untuk dijual pada hari konsert ini nanti.

Barisan artis lain yang turut akan membuat persembahan nanti terdiri dari The Venopian Solitude, The Fatalis, Hacktick, StrikeOut, Cora, Leaism, Budak Nakal Hujung Simpang dan TIM.

“Kadang kala audiens pergi menonton persembahan tetapi tidak puas sebab dapat tengok artis kegemaran beraksi dalam durasi 20 minit sahaja. Band pun kadang kala tidak puas sebab slot pendek dan tidak dapat melakukan persembahan dan mempromosikan lagu-lagu lain dalam album.

“Jadi melalui konsert #ATASBIGJANSHOW ini, kami memang mahu menggalakkan band all out untuk bermain dalam set yang mereka idamkan selama ini. Team Sound & Lights akan cuba sehabis baik untuk pastikan semua orang iaitu band/ audiens balik puas hati”, ujar Najib lagi.

Konsert ini disokong padu oleh VANS and HAUSBOOM. Turut berkolaborasi bagi menganjurkan konsert ini adalah TAPAUtv (Media Partner) dan Fork&Spoon Entertainment (Production Partner).

Tiket kini hanya boleh didapati di venue pada hari konsert dengan harga RM 50. Untuk infomasi lain & terkini berkenaan konsert ini sila ikuti laman media social @TAPAUtv dan @atas_bybijanfx. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button