• FOLLOW US
Event, Hiburan

Konsert Exists Reunion Bakal Imbau Nostalgia Zaman Kegemilangan

Impian kumpulan Exist untuk mengadakan sebuah konsert berskala besar yang menghimpunkan semua anggota asal band berkenaan bakal menjadi kenyataan menerusi Konsert Reunion Exists.

Konsert yang dibawakan oleh Shiraz Projects Sdn. Bhd. itu akan menyaksikan Exists akan tampil di Stadium Malawati Shah Alam pada 28 September 2019 dan The Theatre At Mediacorp, Singapura pada 5 Oktober 2019.

Pengarah Shiraz Projects, Shirazdeen Karim berkata, ia merupakan sebuah konsert yang sangat dinantikan peminat-peminat Exists sejak sekian lama.

“Konsert Exists Reunion buat pertama kalinya dalam sejarah menggabungkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) serta dua vokalis mereka iaitu Mamat dan Ezad.

“Adalah penting buat kami mengumpulkan dan mendapatkan persetujuan sekaligus merealisasikan anggota asal band ini kerana tanpa formasi Exists yang lengkap, maka projek ini boleh saya katakan tidak menemui objektif sebenar,” ujarnya.

Menurut Shirazdeen, setelah sesi pertemuan dan mencapai kesepakatan dengan satu visi yang sama, maka Konsert Exists Reunion akhirnya bakal terlaksana.

Ujarnya, menerusi konsert berkenaan juga apa yang paling penting adalah kemunculan semula Exists yang pernah menjadi fenomena di tahun 90-an dan ia akan mengimbau semula nostalgia kegemilangan mereka.

“Selain merupakan gabungan pertama kali seluruh anggota asal Exists, mereka juga akan mempersembahkan katalog lagu
dengan dinyanyikan oleh penyanyi asal yang pernah membawanama band ini harum sehingga ke Indonesia.

“Istimewanya untuk konsert itu nanti juga, sebuah dokumentari akan dihasilkan yang mengimbau perjalanan band mereka sejak ditubuhkan sehinggalah sekarang,” ujarnya.

Sementara itu, salah seorang anggota kumpulan Exists iaitu Ajai menyatakan menerusi konsert ini juga bakal mengubat kerinduan peminat-peminat untuk menyaksikan semua ahli kumpulan beraksi di pentas yang sama.

“Setelah sekian lama, ini merupakan peluang yang terbesar buat mereka yang rindukan persembahan kami setelah 28 tahun Exist ditubuhkan.

“Sebelum ini perbincangan pernah dibuat sejak beberapa tahun yang lalu, namun akhirnya baru tahun ini kamu semua dapat bersatu semula dan merealisasikan konsert reunion ini,” ujarnya.

Konsert Exists Reunion menawarkan tiket berharga RM 700 (meet & greet), RM360 (diamond), RM260 (exist zone – free standing), RM160 (platinum) dan RM130 (silver)

Untuk sebarang keterangan lanjut, peminat boleh layari laman web www.myticket.asia untuk tempahan tiket. Bagi informasi atau perkembangan terkini, layari laman sosial Exists dan Shiraz Projects. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend