EventHiburan

‘Konsert Kelate KL 2026’ Ditangguhkan, Akan Umum Tarikh Baharu

Natriya Enterprise, selaku penganjur utama Konsert Kelate KL 2026, dengan kerjasama Ikarl Project serta sokongan Irama Entertainment, ingin memaklumkan bahawa Konsert Kelate KL 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Ogos 2026 di Zepp Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baharu.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan serta memerlukan pertimbangan dan penyelarasan lanjut bagi memastikan keseluruhan perjalanan acara dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Pihak penganjur memahami bahawa penangguhan ini mungkin menimbulkan sedikit kesulitan kepada para peminat yang telah membuat perancangan awal untuk menghadiri Konsert Kelate KL 2026.

Sehubungan itu, pihak penganjur ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kesabaran, pemahaman serta sokongan berterusan daripada semua peminat dan pihak yang telah bersama-sama menyokong perjalanan acara ini.

TARIKH BAHARU

Tarikh baharu Konsert Kelate KL 2026 akan diumumkan selepas segala proses penyelarasan berkaitan dimuktamadkan.

Pihak penganjur akan membuat pengumuman rasmi berhubung tarikh baharu melalui saluran komunikasi rasmi sebaik sahaja keputusan tersebut dimuktamadkan.

PEMULANGAN WANG TIKET

Bagi pemegang tiket yang telah membuat pembelian melalui platform Ilasso, pihak penganjur akan menyediakan proses pemulangan wang (refund).

Maklumat lanjut berhubung proses refund, termasuk kaedah dan tempoh pemulangan wang, akan diumumkan melalui saluran rasmi penganjur dan platform tiket Ilasso dalam masa terdekat.

Pemegang tiket dinasihatkan untuk menyimpan bukti pembelian, nombor pesanan dan maklumat tiket masing-masing bagi melancarkan proses tersebut.

Screenshot

MENERUSKAN SEMANGAT KELATE KE KL

Konsert Kelate KL 2026 diwujudkan sebagai sebuah platform untuk meraikan muzik, budaya dan identiti Kelantan di Kuala Lumpur, berteraskan semangat: “SUARO KITO, JIWO KITO – 100% ORI KELATE”

Konsep acara ini turut membawa elemen warisan Kelantan termasuk Dikir Barat dan Wayang Kulit, sebagai sebahagian daripada pengalaman yang ingin diketengahkan kepada para peminat.

Pihak penganjur percaya penangguhan ini adalah langkah yang terbaik bagi memastikan segala perancangan dapat disusun semula dengan lebih baik sebelum acara diteruskan pada tarikh baharu.

PENGHARGAAN

Natriya Enterprise bersama Ikarl Project dan Irama Entertainment merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peminat, rakan strategik, penaja, rakan media, pihak venue, pasukan produksi serta semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada Konsert Kelate KL 2026.

Penghargaan turut diberikan kepada Sony Music Malaysia dan Sentuhan Records selaku Strategic Partner, serta Molek FM sebagai Radio Official.

Kami amat menghargai kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan dan berharap semua pihak akan terus bersama-sama menantikan pengumuman tarikh baharu Konsert Kelate KL 2026. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button