• FOLLOW US
Event, Hiburan

“Konsert Reunion Exists Tetap Berlangsung Seperti Biasa” – Shiraz Projects

Konsert Reunion Exists yang dijadualkan pada 28 September ini akan tetap berlangsung seperti yang dirancang, meskipun salah seorang vokalisnya, Mamat telah ditahan polis semalam.

Penganjurnya, Shiraz Projects berkata, pihaknya dan seluruh anggota Exists Reunion amat terkejut dengan berita penangkapan tersebut.

“Ketika ini, apa yang dapat saya katakan ialah pihak kami masih menunggu perkembangan mutakhir berhubung dengan kejadian itu.

“Secara peribadi, berita ini amat menyedihkan dan mengejutkan kerana tiada siapa dalam team produksi mahu keadaan seperti ini terjadi. Lebih-lebih lagi menjelang konsert Reunion Exists yang akan berlangsung pada 28 September ini di Shah Alam dan 5 Oktober di Singapura,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Menurutnya, ketika ini pihak penganjur menerima banyak mesej dan panggilan bertanyakan status konsert yang sudah dirancang, terutama sekali peminat-peminat Exists Reunion yang sudah membeli tiket untuk menyaksikan konsert berkenaan.

“Kami memahami sentimen yang sedang bermain di fikiran peminat-peminat Exists Reunion. Sebagai menjawab tanda tanya itu, apa yang boleh saya katakan ialah, terlalu awal untuk kita semua membuat keputusan.

“Namun begitu, sehingga ke saat ini, konsert yang dirancang akan berjalan seperti biasa dan kami serahkan pada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan mengikut ketetapannya. Bahkan, saya sendiri akan bertemu dan mengadakan perbincangan dengan anggota Exists yang lain bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan terhadap kes yang melanda Mamat.

“Sememangnya kami di Exists Reunion mahukan segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Ini satu ujian awal untuk kami dan berharap para peminat akan terus mendoakan yg terbaik untuk Exists Reunion” – Exist Reunion,” ujarnya.

Jelasnya, dari semasa ke semasa, Shiraz Projects akan berkongsi perkembangan terbaharu mengenai penganjuran Konsert Exists Reunion. – Kopiplanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend