Cerita ArtisHiburan

Kritikan Netizen Jadi Pembakar Semangat Buat Aufahanie

Persembahan salah seorang peserta rancangan Vokal Mania, Aufahanie baru-baru ini ternyata mendapat kritikan ramai netizen ketika mempersembahkan lagu Semua Jadi Satu ketika saingan battle bersama Indah Ruhaila.

Enggan cepat mengalah dan putus semangat, peserta yang baru berusia 17 tahun itu menganggap segala kritikan yang dilemparkan netizen menjadi pembakar semangat buat dirinya untuk bergelar penyanyi.

“Apabila baca komen-komen netizen, saya terima kerana sedar persembahan pada malam itu tak berapa bagus. Saya memang layak dikecam.

“Namun ramai juga yang DM saya dan cakap mungkin malam tu saya gugup dan alhamdulillah masih ada yang boleh terima,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Menceritakan lebih lanjut tentang persembahan pada malam berkenaan, Aufahanie memberitahu terdapat masalah teknikal yang berlaku terhadap alat bantuan pendengaran (earpiece) yang dipakai.

Jelasnya, pada masa itu suaranya tiba-tiba tenggelam dengan arrangement muzik yang sangat kuat dan nyanyiannya seolah-olah seperti berlawan dengan arrangement yang ditetapkan.

“Ini merupakan pertama kali saya beraksi dalam pertandingan di atas sebuah pentas yang besar. Apabila jadi masalah seperti ini saya tidak pandai untuk kawal sehingga panik dan gugup yang sangat teruk,” jelasnya.

Ujarnya, untuk mengatasi kelemahan yang ada dia akan menyertai kelas vokal bagi mengatasi segala kelemahan dalam usaha untuk menjadi seorang penyanyi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button