• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Kyuhyun Super Junior Akui Jatuh Cinta Dengan Jisoo Blackpink?

Baru-baru ini menerusi satu program hiburan Section TV, ahli kumpulan Super Junior, Kyuhyun mengakui anggota kumpulan Blackpink, Jisoo mempunyai ciri-ciri gadis idamannya.

Kyuhyun membuat pengakuan itu selepas dia ditanya mengenai khabar angin mendakwa dia kini sedang hangat bercinta dengan salah seorang model dalam muzik video lagunya yang berjudul Time With You.

“Saya tidak pernah tahu atau kenal siapa yang anda maksudkan. Sudah terlalu lama sejak saya bertemu janji sampaikan saya dah lupa bagaimana caranya keluar dating. Saya rindukan saat-saat ketika berada dalam perhubungan, saya dah sedia untuk jatuh cinta lagi.

“Saya senang tertarik dengan wanita yang mempunyai hati mulia serta seseorang yang cantik apabila dia ikat rambutnya cara pony tail,” ujarnya.

Selain Jisoo, kumpulan Blackpink yang kini menjadi fenomena di seluruh dunia turut dianggota zi, Lisa, Jennie dan Rose. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend