• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Lagu Dap Dap Dap Jadi Taruhan Terbaharu Siti Sarah

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin kini kembali muncul dengan single terbaharu berjudul Dap Dap Dap yang ternyata berbeza dengan lagu-lagunya sebelum ini.

Siti Sarah berkata, untuk pembikinan single baharunya itu dia menggunakan sepenuhnya khidmat Yonniboii yang merupakan antara komposer pendatang baharu yang kini semakin menyinar.

“Pada asalnya single ini berjudul Manis, namun kami merasakan tajuk sedemikian agak klise dan akhirnya judul tersebut diubah kepada Dap Dap Dap.

“Kalau diikutkan sebelum ini pun saya pernah menghasilkan lagu rancak seperti Pesan Mama dan Jangan Kau Mimpi. Saya yakin lagu ini sememangnya cukup bersesuaian dengan trend sekarang,” ujarnya.

Siti Sarah berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran dan sesi bertemu media yang berlangsung pada minggu lalu.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kerjasama dengan komposer muda seperti Yonniboii, penyanyi itu menyatakan dia tidak kisah untuk bergandingan dengan mana-mana komposer sekalipun, asalkan ia sebuah karya yang berkualiti.

“Tidak dinafikan bahawa saya melihat Yonniboii seorang komposer yang mempunyai bakat besar. Jadi, saya merasakan perlu beri peluang kepada komposer sepertinya untuk pergi lebih jauh,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend