EventHiburan

Tetapi Ramalan… Lagu Sumpah Ciptaan Naim Daniel Juara AJL 34

Lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel yang merupakan ciptaannya bersama Omar K muncul juara Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu, penyanyi berkenaan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi. Naib juara menjadi milik lagu Bangun dendangan Aman Ra yang meraih hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi.

Tempat ketiga pula dimenangi lagu Anta Permana nyanyian Bob Yusof yang melayakkannya membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta trofi.

Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik dirangkul Hafiz Suip dengan lagu Kisah Cinta Kita yang menampilkan cameo daripada isterinya, Nureffy Jasrel.

Hafiz membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 beserta trofi untuk dua kategori tersebut, manakala Anugerah Pilihan Peminat Setel pula dimenangi Haqiem Rusli menerusi persembahan Lembah Kesepian.

Lagu lain yang bersaing di pentas AJL 34 adalah Sumpah (Aina Abdul), Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip), Lembah Kesepian (Haqiem Rusli), Dinda (Masdo), Rampas (Akim & The Majistret), Peneman (Hazama & The Penglipur Lara), Ku Bersuara ( Ernie Zakri), Drama (Drama Band) dan Ragaman (Fairuz Misran).

Persembahan 12 finalis diadili 10 juri profesional daripada pelbagai latar belakang bidang muzik iaitu Azmeer, Edrie Hashim, Datuk Wah Idris, Altimet, Helen Yap, Datuk Mokhzani Ismail, Sharon Paul, Aznul Haidi, Cat Farish dan Ajai selaku ketua juri.

AJL 34 diserikan dengan persembahan bekas-bekas pemenang kategori Vokal Terbaik sepanjang 33 tahun penganjuran AJL sebelum ini antaranya, Liza Hanim, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Black, Lah Ahmad, Hazami dan Misha Omar.

Selain itu, penonton turut dihiburkan dengan persembahan interlude yang menampilkan karya-karya popular Datuk M. Nasir yang disampaikan oleh Ameng Spring, Fredo, Datuk Hattan, Datuk David Arumugam, dan Datuk M. Nasir sendiri.

Bertemakan ‘Warna-Warna Suara’, anugerah berprestij itu menampilkan trio pengacara, Sherry Al-Hadad, Awal Ashaari dan Haziq Hussni.

Keputusan AJL 34

Juara: Sumpah – Naim Daniel

Naib Juara: Bangun – Aman Ra

Tempat ketiga: Anta Permana – Bob Yusof

Vokal Terbaik: Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip

Persembahan Terbaik: Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button