EventHiburan

Lebih Dekat Dengan Pendengar, Era Sarawak Tampil Kandungan Lokal

Setelah hampir tujuh tahun ditubuhkan, akhirnya Era Sarawak tampil dengan pengisian sepenuhnya dengan barisan penyampai tempatan dan kandungan program yang lebih bersifat lokal.

Jika sebelum ini segmen pagi Era ‘diimport’ daripada program Johara Pagi Era, kali ini Era Sarawak bakal mengenengahkan pasangan penyampai Afick dan Fir menerusi segmen Pagi Era Sarawak.

Menurut Pengurus Besar Astro Radio Bahagian Sabah & Sarawak, Hafiz Nizamudin, pengenalan baharu ini bagi memantapkan lagi stesen radio nombor satu di Sarawak itu dengan kandungan untuk orang tempatan.

“Jika sebelum ini kami mengambil content daripada Era, kali ini Era Sarawak akan berdiri sendiri dengan 100 peratus pengisian lokal. Untuk menarik pendengar tempatan, kami akan menggunakan sepenuhnya bahasa Sarawak.

“Keserasian Afick dan Fir bakal menyuntik pengalaman baharu buat peminat dengan susunan kandungan yang padat serta menghiburkan. Diharapkan agar kehadiran Afick dan Fir dapat mencuit hati dan menghiburkan pendengar Era setiap pagi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenalkan barisan baharu penyampai Era Sarawak yang diadakan di Hotel Pullman, Kuching semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Bahagian Astro Radio Sabah & Sarawak, Syazleey Zalsyam Zakaria atau lebih dikenali sebagai DJ Uno.

Selain Afick dan Fir, antara penyampai baharu Era Sarawak adalah Chopie, Napio, Ezri, Elya dan Jonathan Ding. – KopiPlanet.com

*Barisan penyampai Era Sarawak

Afick & Fir (Segmen Pagi Era Sarawak 6 pagi – 10 pagi)

Elya (Segmen Muzik Berdepergh-depergh Era 10 pagi – 1 petang)

Napio (Segmen Muzik Berdepergh-depergh Era 1 petang – 4 petang)

Chopie (Segmen Ohaa Era 4 petang – 8 malam)

Ezri (Segmen Ilek Lok Era 8 malam – 12 malam)

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button