• FOLLOW US
Event, Hiburan

Lebih Mendebarkan, Night Of Fright Kembali Untuk Edisi Keenam

Kembali untuk edisi keenam, festival Sunway Lagoon Nights of Fright 6 (NOF6) bakal memeriahkan lagi sambutan bulan ‘ketakutan’ tahun ini.

Sempena meraikan perayaan Halloween, festival seram ini berlangsung dari 28 September hingga 31 Oktober yang mana ia dibuka pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 7.30 malam hingga 11.30 malam. (Ia juga akan dibuka pada 29,30 dan 31 Oktober menjelang perayaan Halloween).

Kali ini keunikan tertumpu kepada ketakutan terhadap badut atau dalam bahasa saintifiknya, Coulrophobia (the fear of clowns). Anda akan dibawa memasuki rumah badut yang terdiri daripada puluhan badut pelbagai aksi yang sudah tersedia untuk ‘menceriakan’ perjalanan anda.

Selain itu, anda akan dibawa ke rumah penyembelihan, Slaughterhouse 13 yang menyajikan aksi ngeri dan berdarah dengan peralatan tajam seperti gergaji dan kapak untuk menakutkan pengunjung.

Sempena penayangan filem Hell Fest, NOF6 turut memaparkan aksi tontonan teater yang cukup menggerunkan di saat anda sedang leka menonton teater, ada lembaga yang akan keluar dari celah-celah kerusi anda. Be prepared!

Anda juga akan dihidangkan hantu yang dikaitkan dengan mitos orang Melayu seperti pocong, pontianak dan orang minyak.

Tiket dijual pada harga RM69 yang mana disertakan sekali dengan minuman dan cekak bertanduk percuma. Anda boleh juga membeli tiket berharga RM114 yang merupakan Xpress Lane Combo yang tidak memerlukan anda untuk beratur lama sebelum memasuki ke dalam rumah-rumah hantu.

Selamat melawan ketakutan anda dan have fun! – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend