Cerita ArtisHiburan

Linda Rafar Mohon Maaf, Akui Kesilapan Kongsi Perbualan Peribadi

Penyanyi dan pelakon telah memohon maaf bagi pihak Zizan Razak gara-gara berkongsi perbualan peribadi mereka di laman sosial Instastory.

Berkenaan dengan tindaan yang dilakukannya itu, ahli kumpulan Elite itu berkata, ia merupakan satu langkah silap yang telah dilakukannya.

“Linda nak minta maaf bagi pihak Zizan. Maksud sebenar Zizan ialah mereka yang berperangai bodoh sombong.

“Linda akui yang tersilap post private conversation. Sepatutnya tak patut berlaku,” ujarnya Linda yang dimuatnaik menerusi Instastrory miliknya itu.

Sebelum ini, Zizan mendapat kecaman ramai pihak gara-gara kenyataan ‘not our level’ yang dikatakan dituju kepada kerjaya jururawat menerusi perbualan Whats App bersama Linda.

Malah, pelawak itu juga sebelum ini sudah menjelaskan bahawa ayat tersebut bukan ditujukan kepada mereka yang bekerja sebagai jururawat.

Dalam pada itu, Linda juga menyatakan bahawa niat pelawak itu sangat baik kerana mahu memberi semangat kepada dia dan keluarga. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button