AntarabangsaKpop

Lisa BLACKPINK Dikecam Peminat Suruh Balik Ke Negara Asal

Sebelum ini, Lisa daripada kumpulan k-pop popular BLACKPINK dikecam teruk oleh peminat dan warga Korea Selatan di media sosial hanya kerana dia berasal dari Thailand.

Ahli kumpulan GOT7 iaitu BamBam yang turut berasal dari negara sama tampil mempertahankan rakan senegaranya itu.

Bambam menerusi temubual berita Thailand berkata dia lebih mengenali Lisa luar dan dalam sepanjang mereka sama-sama berhijrah ke Korea Selatan.

“Ya saya sudah dengar berita itu! Sebenarnya, saya sudah lama berkawan dengan Lisa jadi saya sudah menghubunginya untuk memberikan sokongan kepadanya.

“Isu ini bukan masalah besar kerana hanya segelintir sahaja yang mengecam Lisa jadi ia bukan satu perkara yang boleh mempengaruhi Lisa dalam menggembangkan kerjayanya di Korea Selatan.

“Apa yang mereka lakukan kepada Lisa tidak boleh dimaafkan. Saya sudah kenal Lisa sebelum kumpulan BLACKPINK menjadi terkenal seperti sekarang. Dia baik hati dan ceria orangnya,” kata Bambam.

Lisa sebelum ini teruk dikritik kerana peminat BLACKPINK yang rasis menyarankan kepadanya untuk pulang ke negara asal untuk mencari rezeki dan tidak lagi menganggotai kumpulan yang turut dibarisi Rose, Jihoo dan Jennie. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
8
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button