• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

“Mak Saya Bising Sebab Banyak Sangat Makanan Orang Hantar” – Janna Nick

Pelakon popular Janna Nick menegaskan dia tidak akan membuat sebarang review mengenai perniagaan atau makanan sekiranya diminta berbuat demikian.

Sebaliknya, menurut pelakon itu dia sudi jika ada peminat yang mahu dia merasakan masakan yang dibuat dan akan membuat review sekiranya makanan tersebut betul-betul sedap.

“Kalau ada yang DM ‘Janna saya nak mintak Janna promote business saya, Janna saya nak Janna review makanan saya’ saya takkan buat.

“Tapi kalau ada yang DM ‘Janna, saya nak bagi Janna rasa masakan saya.. harap Janna sudi’ saya akan terima & saya akan post kalau memang sedap,” jelasnya.

Menurutnya, dia bertindak sedemikian kerana tidak mahu menganiaya orang lain sekiranya dia menyatakan makanan tersebut sedap, sedangkan hakikatnya ia adalah sebaliknya.

Sebelum ini, Janna telah memuat naik video menerusi IG Storynya mengenai dirinya yang berasa rimas dengan segelintir peniaga online yang mendesaknya untuk membuat ulasan setiap barangan yang diterimanya.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan juga menyatakan dia selalu melihat posting perniagaan di Instagram dan akan membeli makanan yang diinginkan.

Ujarnya, dia juga akan membuat shout out sekiranya makanan tersebut sedap, meskipun mengeluarkan duit sendiri untuk membeli makanan tersebut.

“Tak ada isu rimas ke tak rimas. Cuma peti ais rumah saya dah penuh sampai mak saya bising sebab banyak sangat makanan orang hantar.

“Saya bersyukur sangat orang bagi makanan, tapi bagilah pada yang lebih memerlukan. Kalau saya nak saya akan beli ok. Kalau nak bagi jugak, bagi je la… Kalau sedap saya akan cuba tolong & post… Insyaallah… Ampun,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend