Cerita ArtisHiburan

Masih Ada Tawaran Berlakon, Lan Siro Tetap Buat Kerja Sampingan

Biarpun kini sudah sering mendapat tawaran lakonan, pelakon Lan Siro menyatakan dia masih lagi membuat kerja-kerja sampingan untuk menambah sumber pendapatan.

Ujarnya, sepanjang tahun 2019 dia pernah tidak mendapat sebarang tawaran lakonan sehingga terpaksa melakukan beberapa pekerjaan lain seperti membuat Grab Food, berniaga dan menjadi jurulatih peribadi di gimnasium.

“Sehinggalah selepas Hari Raya, barulah ada tawaran berlakon seperti drama terbitan Global Station untuk 65 episod. Selain itu, ada juga drama lain yang saya dapat serta telemovie.

“Biapun tawaran lakonan itu sudah ada, saya masih lagi terus membuat kerja-kerja sampingan seperti Grab Food dan jurulatih peribadi sekiranya tidak terikat dengan jadual lakonan,” ujarnya.

Lan Siro berkata demikian ketika ditemui semasa sesi penggambaran telemovie Terlajak Subuh terbitan Kembara Sufi Production di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Selain mahu menampung kehidupan, pelakon itu menyatakan dia menyedari hakikat bahawa menjadi anak seni ini ada fasa turun dan naik pada satu-satu masa.

“Sekiranya tidak mendapat sebarang tawaran lakonan pun saya tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana sedar dengan situasi sekarang, apatah lagi dengan kemunculan ramai pelakon baharu,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai telemovie Terlajak Subuh, Lan Siro memberitahu dia membawakan watak utama sebagai Mat dan bergandingan dengan beberapa pelakon lain seperti Bell Ngasri, Zetty Mentor dan ramai lagi.

“Watak Mat ini adalah seorang lelaki yang suka mempergunakan orang lain serta malas berusaha, tetapi mempunyai impian untuk menjadi seorang kaya dengan cara mudah.

“Kemudian dia bertemu dengan Zam lakonan Bell Ngasri. Sejak pertemuan itu, Zam dan Mat berkawan sehinggalah ia mengubah kehidupan Zam,” ujarnya.

Telemovie Terlajak Subuh akan ditayangkan pada Hari Pekerja tahun ini di saluran RTM. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button