• FOLLOW US
Event, Gaya Hidup

Masters of Dirt Buat Penampilan Sulung Sempena Hari Sukan Negara

Buat julung kalinya di Malaysia pertunjukan aksi gaya bebas dan liar penunggang motosikal motocross akan menghiburkan peminat tempatan menerusi siri jelajah The Masters of Dirt All In Tour 2018 yang akan diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 13 dan 14 Oktober ini.

Ia diadakan sejajar dengan sambutan Hari Sukan Negara yang jatuh pada minggu yang sama.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, acara ini dijangka bakal menarik minat ramai pengunjung terutamanya di kalangan peminat setia sukan itu dan juga golongan belia.

“Penampilan mereka ini pastinya boleh menarik minat masyarakat Malaysia untuk lebih mendekati sukan permotoran ini. Saya percaya acara ini akan menjadikan sukan ini berkembang di Malaysia.

“Saya pasti suatu hari nanti kalau orang luar bercakap mengenai sukan permotoran di Asia, mereka akan fikir Malaysia merupakan hub kepada sukan ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Masters of Dirt All In Tour 2018 di W Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pertunjukan itu akan disertai penunggang FMX antarabangsa yang terbanyak selain daripada pelumba terkemuka BMX, MTB dan QUAD di dunia. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram KBS Malaysia

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend