• FOLLOW US
Gaya Hidup, Makan Time

Me’nate Steak Hub Rancang Buka 2 Cawangan Luar Lembah Klang

Walaupun baharu sahaja beroperasi sejak tiga tahun lalu, namun Restoran Me’nate Steak Hub kini sudah dalam perancangan untuk menambah dua lagi cawangan pada tahun ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Syed Shafiq Syed Mohamad berkata, mereka sudah mengenal pasti dua lokasi terbaharu itu yang berkemungkinan akan dibuka sama ada di Johor, Pulau Pinang atau Melaka.

“Setakat ini kami dalam perancangan untuk menambah lagi dua cawangan di luar Lembah Klang dan lokasinya sama ada di Johor, Melaka atau Pulau Pinang sebelum akhir tahun ini yang melibatkan nilai pelaburan RM5 juta,” katanya ketika ditemui pada majlis bersama media di Me’nate Steak Hub di Setapak, Kuala Lumpur hari ini.

Majlis itu diadakan bersempena kejayaan Me’nate Steak Hub di bawah pengurusan Palace Butcher Resources Sdn Bhd yang memperoleh dua anugerah besar dalam bidang Food & Beverage (F&B) iaitu Malaysia International Business Awards 2017 – Excellence In Western Steak House dan The Brandlaureate Best Brand In F&B – Steak House 2017-2018 yang diadakan baru-baru ini.

Pengarah Urusannya, Syed Ashraff Syed Ali menyifatkan khidmat servis yang diterapkan kepada pelayan mereka merupakan antara tunjang kepada kejayaan mereka meraih anugerah berprestij itu selain kualiti daging yang dihidangkan mereka.

“Kami percaya dengan khidmat servis yang berkualiti dan terbaik. Sekiranya makanan yang dihidangkan sedap tapi servis tidak bagus, tidak mungkin kami akan sampai ke tahap ini. Sebab itu kami menitik beratkan layanan yang baik untuk para pelanggan berasa selesa menjamu selera di sini.

“Selain itu, kami turut mempunyai impian ingin melebarkan sayap Me’nate Steak Hub ke peringkat yang lebih tinggi di mana kami kalau boleh ingin membuka satu cawangan di setiap negara di seluruh dunia. Kami mahu jadi local hero brand yang menyajikan perkhidmatan stik terbaik di dunia.

“Selain itu, rahsia besar kejayaan Me’nate Steak Hub sebenarnya terletak pada kualiti daging yang dijual dan dihidangkan kepada pelanggan. Pelanggan-pelanggan dapat melihat dan memilih sendiri daging-daging tersebut sesuai dengan kemampuan masing-masing. Ini adalah daya tarikan utama para pelanggan mengunjungi Me’nate Steak Hub dan faktor yang membezakan restoran kami dengan lain-lain restoran stik di Malaysia, di mana pelanggan boleh memilih sendiri daging pilihan mereka,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Chef, Muhammad Fazli Abdullah yang membawa para media ke gudang pemotongan daging selain menunjukkan cara-cara penyediaan makanan di situ.

Selain menjual daging, Me’nate Steak Hub turut menyediakan menu ikan, udang kara, ayam dan pelbagai makanan ringan yang lain pada harga yang berpatutan.

Setakat ini, Me’nate sudah mempunyai empat cawangan di sekitar Lembah Klang iaitu di Ampang Jaya, Setapak, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend