EventHiburan

Mystic India: The World Tour Singgah Malaysia April Ini

Sebuah pementasan Mystic India: The World Tour yang mendapat sambutan hangat daripada peminat seluruh dunia bakal menyaksikan Malaysia sebagai tempat persinggahan pada April ini.

Pementasan yang dibawakan khas oleh Eeman Corporation Sdn Bhd itu akan menjanjikan persembahan rancak penuh bertenaga untuk penonton Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gavin Singh, pementasan broadway itu bakal menampilkan 30 penari profesional antarabangsa yang akan mempersembahkan tarian mengikut alunan lagu popular Bollywood.

“Kami akan adakan dua segmen, iaitu satu segmen lagu-lagu tradisional dan satu lagi seleksi lagu-lagu moden. Kami menjanjikan persembahan penuh warni-warna dalam pementasan yang akan berlangsung selama 1 jam 45 minit ini.

“Persembahan Broadway Bollywood ini akan membariskan lagu-lagu hit evergreen klasik sehinggalah lagu-lagu hit terkini dari filem-filem kegemaran ramai lakonan Shah Rukh Khan, Salman Khan, Madhuri Dixit, Kajol dan Aishwarya Rai.

“Untuk pementasan ini kami telah menerbangkan lebih 750 kostum yang akan digunakan para penari bagi mencorakkan persembahan menjadi lebih menarik dan cantik,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Mystic India: The World Tour di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mystic India: The World Tour Kuala Lumpur 2018 akan dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya bermula 5 hingga 11 April ini.

Majlis itu turut dihadiri Presiden Persatuan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil yang merupakan penaung persembahan dan Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Muhamed Juhari Shaarani.

Mystic India: The World Tour sebelum ini telah membuat lebih daripada 500 persembahan di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Bahrain, Afrika Selatan dan Eropah.

“Lebih setengah juta penonton telah pun menyaksikan Mystic India dan kini telah mereka sudah bersedia untuk memukau Asia pula bermula dengan penonton di Malaysia.

“Mystic India akan menyingkap tradisi peralihan masa dan budaya dari India kuno ke India moden menerusi sorotan kebudayaan, tarian, nyanyian dan gaya pakaian mereka,” kata Gavin.

Tiket-tiket berharga RM138, RM188, RM308, RM418, RM538 dan RM668 yang telah mula dijual sejak 18 Januari lalu boleh dibeli dengan melayari laman web www.AirAsiaRedTix.com.

Sebanyak 20 peratus potongan harga tiket diberikan untuk promosi pembelian awal sementara stok masih ada. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button