Cerita ArtisHiburan

Nabila Razali Akui Terkejut Gimik Menjadi

Penyanyi dan bintang Akademi Fantasia 2013, Nabila Razali mengakui berasa agak terkejut apabila video muzik baharunya, Pematah Hati mendapat sambutan yang luar biasa.

Nabila berkata, biarpun gimik yang dilakukannya itu dilihat memberi kesan positif, namun ia tetap percaya kepada kekuatan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu.

“Alhamdulillah, apa yang kami rancang nampaknya menjadi dan dengan tiga juta viewrs dalam masa seminggu saya sangat gembira dan ini merupakan pencapaian terbaik dalam karier saya untuk tahun ini.

“Berkaitan dengan strategi yang dirancang pula, saya tidak harap apa-apa daripada gimik tersebut. Bagaimanapun, saya akui agak terkejut sampai ia menjadi trending nombor satu untuk YouTube Malaysia,” ujarnya.

Nabila berkata demikian ketika ditemui semasa majlis Tonton’s #RatedXtra Party yang berlangsung di Kuala Lumpur pada minggu lalu.

Diminta mengulas mengenai hubungannya dengan pelakon Aedy Ashraf yang turut terbabit dengan pembikinan video muzik Pematah Hati, penyanyi berkenaan menjelaskan perhubungan yang terjalin atas dasar kerja sahaja.

Hubungan kami terjalin sekadar untuk menjayakan pembikinan video muzik berkenaan sahaja. Selepas itu dah tak ada apa-apa lagi urusan membabitkan kami berdua.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pandangan segelintir pihak, terutamanya rakan artis yang menyatakan gimik tidak perlu dilakukan untuk menjadikannya viral, Nabila ternyata mempunyai pandangan tersendiri.

Sebenarnya, kami tidak rancang pun untuk jadikan video muzik ini menjadi viral. Apa yang saya buat pada mulanya sekadar memuat naik gambar bersama Aedy dan tidak sangka ia mendapat perhatian umum.

“Secara jujurnya saya membaca setiap komen yang dilemparkan tentang video muzik ini, tetapi biasalah bukan semua orang suka dengan apa yang kita lakukan.

“Namun, saya cuma lebih memberi perhatian kepada komen-komen yang positif supaya ia menjadi semangat buat diri saya untuk menghasilkan video muzik yang lebih menarik pada masa akan datang,” jelasnya.

Berkenaan dengan aktiviti seninya selepas ini, Nabila memberitahu dia bakal muncul dengan sebuah lagu duet, namun ia masih lagi dalam peringkat perancangan lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button