Cerita ArtisHiburan

Nabila Razali Beri Bayangan Tidak Akan Beraksi Di Pentas SFMM35

Hasrat peminat-peminat Nabila Razali untuk menyaksikan penyanyi itu beraksi di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) pada 15 Disember ini mungkin tidak kesampaian.

Ia berikutan kenyataan penyanyi itu sendiri yang memberi bayangan bahawa dia tidak akan membuat persembahan berikutan keadaan yang dialaminya sekarang ini.

“Mengikut kepada plan (perancangan) buat masa sekarang bukan saya, tetapi kita tak tahu kalau 14 haribulan ni saya sihat. Kalau ada yang doa 14 haribulan ni Nabila Razali sihat.

“Namun, saya tidak berani cakap apa-apa, tak ada kata putus lagi. Perancangan buat masa sekarang untuk separuh akhir saya beri tanggungjawab itu kepada orang lain,” jelasnya.

Nabila berkata demikian ketika ditemui pihak media sewaktu majlis pelancaran produk minuman BeFine, di mana dia dilantik sebagai duta.

Sebelum ini, penyanyi berkenaan terpaksa menarik diri saat akhir untuk menyanyikan lagu Peluang Kedua di pentas SFMM35 atas masalah kesihatan.

Bagaimanapun, acara tersebut terpaksa ditangguhkan gara-gara salah seorang penyanyi iaitu Alif Satar disahkan positif Covid-19.

Dalam pada itu, mengenai masalah suara yang dialaminya, penyanyi itu tidak menyangka ia sesuatu yang serius dan hanya menyangka suaranya menjadi serak akibat cuaca panas.

Ujarnya, ketika dia menghadiri kelas vokal sebagai persediaan untuk SFMM35, guru vokalnya sudah menyedari perubahan terhadap suaranya.

“Kemudian saya diminta untuk membuat pemeriksaan dan doktor mengesahkan bahawa peti suara saya ada masalah.

“Memang masa tu susah saya nak cakap dan rasa sedih sangat, namun saya anggap itu semua ada hikmah,” jelasnya.

Ujarnya lagi, ketika itu semua persiapan telah dilakukan seperti kelas vokal serta pakaian yang akan dipakai semasa persembahan.

Namun begitu, di berasa masalah peti suara adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan memandangkan ia berkaitan periuk nasi dirinya sebagai seorang penyanyi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button