Cerita ArtisHiburan

Nazim Othman Tampil Mohon Maaf Setelah Terpalit Kontroversi Antara Janna Nick & Peminat Kpop

Pelakon popular Nazim Othman yang turut terpalit dengan isu kemarahan peminat K-Pop terhadap Janna Nick tampil meminta maaf.

Dalam satu video yang dimuat naik, Nazim memohon maaf atas kontroversi serta kekecohan yang terjadi ekoran komen yang ditinggalkannya di akaun media sosial Janna.

“Saya dengan rasa rendah diri meminta maaf kepada semua jika ada yang terasa hati terhadap saya menerusi apa cara sekalipun.

“Terutamanya melibatkan komen terbaharu yang saya tinggalkan di sebuah akaun media sosial milik orang lain” katanya.

Jelas Nazim, dia sememangnya langsung tidak berniat untuk menghina atau bersifat tidak hormat pada orang lain menerusi apa cara sekalipun.

Menurutnya, komen yang ditinggalkan itu juga adalah kerana dia seperti tidak percaya dengan status yang dimuat naik pelakon berkenaan.

“Saya betul-betul meminta maaf dengan salah faham yang terlaku berlaku dan meminta sokongan semua dan terus bersikap positif,” katanya.

Sejak semalam lagi telah viral di laman sosial susulan tindakan Janna Nick yang didakwa telah menghina bintang K-Pop di akaun Instagramnya.

Tindakan itu ternyata telah membangkitkan kemarahan peminat K-Pop yang bertindak memberi komen dan mengambil keputusan untuk membuat laporan terhadap akaun pelakon tersebut.

Janna yang terkesan dengan tindak balas peminat K-Pop itu telah membuat laporan polis dan mendakwa dirinya telah difitnah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button