• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Netizen Beri Sokongan Hyun Bin, Son Ye Jin Jalin Hubungan Cinta

Kalau diikutkan, ini bukan kali pertama bintang drama bersiri Crash Landing On You iaitu Hyun Bin dan Son Ye Jin menjalinkan hubungan cinta.

Semuanya bermula apabila tersebarnya gambar-gambar mesra kedua-dua pelakon berkenaan sedang bercuti bersama-sama di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, kini timbul pula dua gosip panas mereka berdua. Yang pertama, mereka dikatakan akan segera bernikah, manakala gosip kedua pula mengatakan hubungan mereka sudah berakhir.

Namun begitu, pihak agensi Hyun Bin dan Son Ye Jin langsung tidak membuat sebarang kenyataan terhadap gosip berkenaan.

Sementara itu, rata-rata netizen yang juga merupakan peminat kedua-duanya dilihat seolah-olah memberi sokongan jika mereka memang benar-benar bercinta dan menyatakan mereka adalah pasangan secocok.

Ketika ini, drama bersiri Crash Landing On You sedang ditayangkan di stesen televisyen Korea Selatan. Ia mengisahkan seorang wanita yang tidak sengaja berada di Korea Utara dan bertemu dengan seorang tentera. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend