Cerita ArtisHiburan

Nina Iskandar Nafi Jadi Punca Rumah Tangga Penolong Pengarah Musnah

Pelakon Nina Iskandar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan dia menjalinkan hubungan sulit dan menjadi punca keruntuhan rumah tangga seorang penolong pengarah dan bekas isterinya.

Nina berkata, ia merupakan satu fitnah yang dicetuskan oleh bekas isteri penolong pengarah berkenaan dan turut disebarkan oleh individu yang bekerja sebagai jurusolek artis.

“Fitnah tersebut telah tersebar luas menerusi media sosial dan seterusnya ada dilaporkan oleh media dalam talian dan juga sisipan hiburan bagi sebuah akhbar arus perdana.

“Bagi saya ia bukan sahaja berupa fitnah, malah jelas berniat jahat bagi memburukkan nama saya, sekali gus bertujuan untuk menjejaskan kerjaya saya sebagai artis,” ujarnya.

Menurutnya, sebagai membersihkan nama baik daripada fitnah berkenaan, dia telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap tuduhan tidak berasas tersebut.

“Saya ingin lebih fokus terhadap kerjaya lakonan dan tidak mahu fitnah-fitnah seperti ini mengganggu emosi dan memberikan tekanan kepada keluarga,” ujar pelakon kelahiran Brunei tersebut.

Dalam pada itu, peguam pelakon berkenaan, Mohd. Irwan Mohd. Mubarak menjelaskan notis tuntutan kepada mereka yang terbabit telah dihantar.

“Pihak kami memberikan tempoh selama tujuh hari untuk memenuhi tuntutan tersebut dan sekiranya tidak dipenuhi, tindakan selanjutnya akan diambil,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button