Cerita ArtisHiburan

Nur Sajat Rancang Mahu Kembangkan Perniagaan Jualan Emas

Selebriti sensasi tanah air, Nur Sajat merancang untuk mengembangkan lagi empayar jualan emas di bawah jenama Nur Sajat Gold.

Menurut Nur Sajat, setakat ini dia mempunyai perancangan untuk membuka sebuah lagi cawangan kedai emasnya di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

“Boleh dikatakan antara kebanyakan perniagaan yang saya jalankan, perniagaan emas ini sememangnya memberi pulangan yang cukup besar.

“Jadi, itu antara faktor yang membuatkan saya rancang untuk luaskan lagi empayar jualan emas dengan membuka cawangan di Johor pada Februari tahun hadapan,” ujarnya.

Setakat ini, kedai emas Nur Sajat Gold sudah membuka cawangannya di Shah Alam, Selangor.

Nur Sajat berkata, dia memilih Bandar Baru Uda, Johor Bahru sebagai lokasi terbaharu Nur Sajat Gold kerana kebanyakan pelanggannya adalah dari Singapura.

“Rata-rata pelanggan saya adalah dari Singapura. Mungkin harga emas di sana agak mahal, jadi mereka memilih untuk membeli emas di Nur Sajat Gold kerana harga yang ditawarkan lebih murah.

“Sudah tentu saya berharap agar dengan pembukaan sebuah lagi cawangan di Johor akan memberikan hasil yang lebih lumayan,” ujarnya.

Jelasnya lagi, biarpun perniagaan emasnya meraih banyak pulangan, dia tetap memberikan tumpuan kepada perniagaan lain yang diusahakannya sekarang. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button