Gaya HidupMakan Time

Ombak Kitchen Guna Sos Rahsia Tambat Hati Penggemar Seafood

Setiap daripada kita pastinya gemarkan makanan laut. Jika diperhatikan di kawasan sekitar Lembah Klang tak banyak kedai makan seafood yang menawarkan makanan sedap pada harga berpatutan.

Kalau jumpa yang sedap tapi mahal sangat pula. Anda tidak perlu risau lagi kerana Ombak Kitchen menawarkan pelbagai sajian makanan lalu yang enak pada harga yang cukup berpatutan.

Memulakan perkhidmatannya sejak November tahun lalu di kawasan perumahan Bukit Jelutong, Shah Alam ternyata keenakan makanan di premis ini sentiasa menjadi bualan di kalangan penggemar setianya.

Menggunakan tagline ‘pakai tangan jer’, Ombak Kitchen mempunyai ‘senjatanya’ yang tersendiri iaitu sos ciptaan pemiliknya iaitu Ombak Crazy Cajun yang menjadi pilihan ramai pelanggan jika ke sini.

Ombak Crazy Cajun sesuai dicuba oleh penggemar tegar makanan pedas. Sosnya telah diolah mengikut citarasa tempatan yang disesuaikan dengan makanan laut seperti ketam, udang, sotong dan lala yang didatangkan segar setiap hari.

Selain Ombak Crazy Cajun, ada lagi empat sos istimewa bagi memberikan banyak pilihan kepada pelanggan iaitu Dark Chili Chocolate, Cheezy Zesty Lemon Sauce, Creamy Tom Yum Sauce dan Buttermilk Sauce.

Di sini terdapat empat kombo yang berharga dari RM199.00 hingga RM439.00, memang sangat sesuai untuk dijadikan hidangan bersama-sama keluarga atau rakan taulan.

 

Selain kombo, anda juga boleh memesan makanan ala carte seperti Alaskan King Crabs, Canadian Red Lobsters, Rock Lobsters, Ireland Oysters, Hamaguri Clams dan bermacam-macam lagi.

Selain hidangan seafood, Ombak Kitchen turut memperkenalkan variasi manisan untuk membasuhkan tekak anda. Keunikan pemanis mulut mereka terletak kepada Rainbow Dessert yang penuh rona-roni bak warna pelangi.

Dengan pelbagai jenis manisan yang didekorasikan seperti pelangi, set ini didatangkan dengan buah-buahan segar yang dititiskan dengan sos coklat yang pastinya membangkitkan ‘sugar rush’ dalam diri anda.

Buat anda yang ingin mencuba sajian makanan laut segar dan menyelerakan, jangan lupa bawa beramai-ramai keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama merasai pesta seafood di Ombak Kitchen yang beralamat 5.G.01 D’Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat dibuka dari jam 5 petang hingga 11 malam.
Sabtu hingga Ahad dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button