• FOLLOW US
Event, Gaya Hidup

Pameran Terbesar Hello Kitty & Sanrio Tawan KL 24 November Ini

Satu pameran terbesar Hello Kitty dan watak Sanrio akan menemui peminat setia mereka di Kuala Lumpur bermula 24 November hingga 6 Januari 2019.

Pameran akan berlangsung di Aras 5, pusat beli belah Quill City Mall, Kuala Lumpur dari jam 11 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Pameran ini menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio yang mana pengunjung berpeluang merakamkan gambar kenangan dengan lebih 100 karekter warna-warni.

Aktiviti yang cukup sesuai diluangkan bersama seisi keluarga ini dianjurkan Alata Events dengan kerjasama Macexpo.

Antara aktiviti menarik yang disediakan ialah kelas melukis watak Sanrio selain perjalanan menerusi terowong khas yang dibina menempatkan sebanyak lebih 2,000 bonek yang pastinya menggamit kenangan zaman anda membesar dahulu.

Tiket dijual pada harga RM33 (pembelian awal dari 30 Oktober hingga 20 November RM25) dan tiket untuk OKU dan warga emas berharga RM20.

Tiket boleh didapati menerusi www.ticketcharge.com.my atau hubungi taliam 03-92228811. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend