AntarabangsaKpop

Park Si-yeon Minta Maaf Langgar Kereta Ketika Sedang Mabuk

Pelakon Park Si-Yeon telah memohon maaf kerana melanggar sebuah kereta ketika sedang mabuk.

Kejadian berkenaan telah terjadi pada 17 Januari lalu di sebuah simpang jalan di Seoul.

“Ini Park Si-yeon. Secara peribadi saya ingin meminta maaf. Pertama sekali permohonan maaf ini dibuat dengan seikhlas hati.

“Apa sahaja alasannya, apa yang saya lakukan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Sudah tentu perkara ini membuatkan saya menyesal,” tulisnya di akaun Instagram miliknya.

Dalam kejadian kemalangan itu, dia dikatakan turut mengalami kecederaan setelah melanggar bahagian belakang sebuah kereta kira-kira pukul 11.30 pagi.

Ia berlaku di sebuah persimpangan lampu isyarat dan Park kemudian melanggar kereta di hadapannya. Anggota polis yang kebetulan lalu lantas pergi ke lokasi kejadian.

Menerusi pemeriksaan yang dilakukan, kandangan alkohol dalam darah pelakon itu adalah 0.097 peratus dan ia dilihat agak tinggi dalam berada dalam keadaan mabuk. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button