AntarabangsaKpop

Pasangan Song Ke Amerika Buat Foto Pra Perkahwinan

Pasangan popular Korea Selatan, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo yang akan mendirikan rumah tangga bulan hadapan dilaporkan berada di San Fransisco, Amerika Syarikat baru-baru ini bagi menjalani sesi penggambaran foto pra perkahwinan mereka.

Kedua-dua bintang drama bersiri Descendants of the Sun itu terkenal dengan sikap mementingkan privasi namun peminat mereka dapat menghidu kelibat mereka di negara Uncle Sam itu.

Malah, kini bertebaran gambar ‘curi-curi’ menunjukkan pasangan itu ketika bersiar-siar di bandar Los Angeles.

Namun begitu, tiada peminat dilihat mendekati pasangan itu sebaliknya mereka lebih selesa menangkap gambar pasangan Song itu dari kejauhan.

Pasangan Song akan berkahwin di Hotel Shilla, Seoul pada 31 Oktober ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button