Cerita ArtisHiburan

Pelakon Veteran Wan Chik Daud Meninggal Dunia

Dunia seni hiburan tanah air kehilangan seorang lagi permata seni iaitu Wan Chik Daud yang telah meninggal dunia hari ini. 

Menurut Puan Fauziah pembantu yang menjaga arwah, Arwah meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi penyakit.

Jenazah beliau kini berada dirumahnya di AU 3 Lembah Keramat, Urusan pengurusan jenazah dan tanah perkuburan masih belum dikenal pasti lagi dan masih dalam perbincangan. Sebarang maklumat lanjut akan diberitahu kelak.

Allahyarham sebelum ini terkenal menerusi filem Do Re Mi sebagai Milah serta filem Nasib Do Re Mi sebagai Jururawat kedua-dua filem tersebut adalah pada tahun 1966.

Selain tu, arwah juga adalah Ratu Kebaya di Pulau Pinang dan berkerja sebagai penyampai Berita di RTM sebelum dilamar oleh Tan Sri P Ramlee untuk kedua-dua filem ini dan beliau juga adalah isteri kepada arwah M.Rajoli telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 10 pagi pada usia 80 tahun. 

Arwah Wan Chik Daud juga pernah muncul dalam program realiti Akademi Fantasi musim ke 4 sebagai pengkritik jemputan dan beliau juga pernah muncul dalam iklan “Lasindah Cafe” bersama arwah suaminya M.Rajoli. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button