Cerita ArtisHiburan

Peminat Tuntut Tunai Janji Di Instagram Zizie Izette Lepas Suami Menang PRN Sabah

Setelah suaminya muncul sebagai pemenang dalam salah satu kerusi semasa Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah semalam, pelakon Zizie Izette lantas memuat naik status di Instagram dan bersyukur atas kemenangan tersebut.

Di sebalik ucapan tahniah yang diterima, terdapat juga netizen yang meminta supaya suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin melaksanakan janji-janji yang telah dibuat ketika bekrompen.

“Syukur alhamdulillah. Semoga pemimpin-pemimpin yang diberikan mandat & kepercayaan oleh rakyat menunaikan janji anda seperti yang ada di dalam ‘Aku Janji’.

“Rakyat Sabah bergantung kepada anda untuk membela nasib mereka dan janganlah hancurkan harapan tinggi mereka untuk mengubah nasib. Beringatlan, rakyat adalah kuasa terbesar!. Mereka boleh ubah pemimpin pada pilihan raya akan datang jika janji gagal ditunaikan,” katanya.

Antara komen-komen yang dibuat oleh peminat antara seperti pemimpin yang dipilih tidak hanya pandai bercakap dan tetapi juga perlu ada sikap bertanggungjawab serta peka dengan masalah jalan raya yang rosak di beberapa kawasan di Sabah.

“Jalan kinabtangan ke Kota Kinabalu teruk kan sis. Harap pemimpin selepas ini boleh beri bajet lebih sedikit supaya kami yang selalu naik ambulance ini tidak sakit badan,” kata seorang peminat yang menggunakan nama Azqurnea.

Selain itu, ada juga peminat yang membangkitkan isu mengenai masalah air, terutama sekali di beberapa kampung yang didapati tiada kemudahan air paip dan hanya mengharapkan air hujan untuk mandi dan mencuci.

“Yes…Tolong lah penduduk di Kg Limau Limauan Kudat ni… Saya orang Selangor tapi suami org Kudat Sabah… Amat menyedihkan Loji Rawatan Air ada berdekatan kampung… Tapi penduduk kampung tiada kemudahan Air Paip… Mengharapkan air tadahan hujan untuk mandi dan mencuci… Air utk minum pulak di beli dr lori menghantar air dr pekan berhampiran…

“Alhamdulillah bekalan elektrik sudah ada… Pada yang bakal memerintah tolong lah penduduk-penduduk kampung yang begini kerana mereka juga mengundi… Apa lah erti undi mereka andainya teda (tiada) apa-apa perubahan pun di Kampung mereka. Jangan sampai 1 masa mereka putus harapan… Undi ke teda undi ke teda beza…,” ujar peminat yang menggunakan nama Redmahmood.

Semalam, Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, menewaskan Timbalan Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan), Mohd Ismail Ayub dalam persaingan lima penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dengan majoriti 661 undi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
3
+1
2
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button