FilemTerkini

Pengedar Filem The New King Of Comedy Buat Laporan Polis

Filem terbaharu arahan pelawak terkenal Stephen Chow berjudul The New King Of Comedy yang mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 5 Februari lalu ternyata mendapatkan sambutan yang hangat.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengedar filem berkenaan iaitu Film Kingdom Group Sdn. Bhd. memberitahu kutipan filem berkenaan agak terjejas apabila bocor di Internet.

“Kutipan untuk filem The New King Of Comedy sudah meraih sebanyak RM10 juta, namun ia sedikit terjejas dengan kegiatan cetak rompak di Internet.

“Sehingga kini filem berkenaan sudah ditonton sebanyak 600,000 di Internet dan sudah pasti ia memberi kesan terhadap kutipan,” ujar kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan tersebut, pihak pengedar menyatakan kegiatan cetak rompak dalam talian untuk filem ini sangat serius dan setiap hari akan dimuat naik menerusi plaform yang berbeza.

Menurutnya, dengan kebocoran filem ini di membuatkan pengguna Internet dapat sewenang-wenangnya, sedangkan perkara tersebut sudah melanggar hak cipta dan harta intelek.

“Sehubungan itu, kami sebagai pengedar filem ini akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan perbuatan berkenaan.

“Pada hari ini (19 Februari) pihak kami telah membuat satu laporan polis agar tindakan dapat diambil terhadap pihak berkenaan dan berharap agar orang ramai supaya menghormati hak cipta sesebuah karya,” tegasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button