Cerita ArtisHiburan

Perbicaraan Kes Saman Naz Carpentry Terhadap Awal Ashaari Langgar Kontrak Bermula, Saksi Sudah Beri Keterangan

Saksi-saksi plaintif dari Naz Carpentry akan memberi keterangan diikuti dengan defendan, hos televisyen Awal Ashaari bagi perbicaraan kes saman pelanggaran kontrak yang dijalankan melalui atas talian menerusi aplikasi Zoom di firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak yang berlangsung pada hari ini.

Pengurus krisis dan jurucakap Naz Carpentry, Saiful Ridzuan dari firma Saiful Ridzuan Public Relations and Communications mengesahkan yang perbicaraan kes saman sivil itu bermula pagi tadi. Perbicaraan akan berjalan selama tiga hari dan akan bersambung pada dua hari seterusnya, 5 dan 6 April ini.

“Setelah berbincang dengan barisan peguam dan mendengar pendapat mereka, Naz Carpentry membuat keputusan untuk melalui proses perbicaraan bagi menyelesaikan krisis yang dihadapi,” katanya.

Saman yang difailkan oleh plaintif pada Februari tahun lepas itu mendakwa defendan, Awal Ashaari, melanggar kontrak dengan memberhentikan Naz Carpentry daripada meneruskan kerja pengubahsuaian di premis baru beliau dan memungkiri perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Plaintif, dalam samannya, menuntut lebih dari RM300,000 dibayar oleh defendan termasuk bagi baki bayaran untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang telah disiapkan, pembayaran balik jumlah tajaan yang sepatutnya ditaja melalui pengiklanan dan promosi perniagaan di laman media sosial, baki jumlah keseluruhan yang masih belum dijelaskan, kos upah kerja tambahan dan kos-kos lain.

Naz Carpentry juga menuntut deklarasi bahawa defendan tidak layak untuk menuntut pembayaran balik wang pendahuluan berjumlah RM100,000 yang dibayar kepada syarikat tersebut bagi memulakan kerja.

Peguam utama Naz Carpentry, Nurul Hafidzah Hassan berkata pihak plaintif akan memanggil seramai dua saksi dan pihak defendan hanya mengemukakan seorang saksi iaitu Awal Ashaari sendiri bagi memberi keterangan semasa kes berlangsung.

“Kedua-dua pihak tidak mencapai persetujuan semasa proses mediasi yang dicadangkan oleh pihak defendan sebelum ini.

“Maka, barisan peguam kepada pihak plaintif akan memberikan yang terbaik bagi membela nasib anak guam semasa perbicaraan,” ujar Nurul Hafidzah.

Sebelum itu, pada November 2020, Naz Carpentry menyaman Awal Ashaari dan dua defendan yang lain setelah mendakwa pengacara. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Awal Ashaari

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button