FesyenGaya Hidup

Pereka Fesyen Norish Kareem Buka Butik Kafe Di Kota London

Selepas hampir empat tahun mengukuhkan jenama fesyen Norish Kareem Couture (NKC), pemiliknya, Norish Kareem kini cuba membuka lembaran baharu dengan membuka butik kafe di tengah kota London, United Kingdom bermula 1 Disember lalu.

Anak kelahiran Pahang ini eruja apabila dapat merealisasikan impian yang sudah lama terpendam agar jenama miliknya berjaya menembusi pasaran salah satu kota fesyen terbesar di dunia itu.

“Alhamdulillah, impian saya kini bukan sekadar cakap kosong. Ia berjaya direalisasikan. Terima kasih kepada keluarga, sanak saudara, teman media dan penggemar jenama NKC atas sokongan jitu selama ini. Tak saya lupakan pihak MATRADE atas segala galanya. Budi baik mereka takkan saya lupa sampai bila bila.

“Merancang semua ini sejak lima bulan lalu bukan proses mudah. Bermula dengan memilih lokasi strategik, memenuhi piawaian perniagaan di UK, proses pengubahsuaian, menentukan konsep dan rekaan butik hinggalah ke persiapan hari pembukaan dan pelancaran memberi kemanisan tersendiri,” katanya.

Butik kafe Norish Kareem London juga menyediakan ruang untuk pereka fesyen seluruh dunia untuk meletak dan menjual koleksi mereka. Ia termasuk koleksi beg jenama Elevate Shine diusahakan Kiran Tuljaram Prakash yang juga rakyat Malaysia selain koleksi pereka fesyen dari negara lain.

Selain itu, Norish Kareem London turut membuka peluang pekerjaan kepada mereka untuk memenuhi jawatan pengurus butik dan barista sejak sebulan lalu.

“Saya harap semuanya akan dipermudahkan. Moga langkah berani saya ini akan terus konsisten ke hadapan. Ia bukan soal saya dan fesyen semata-mata, tapi dalam hati terbit rasa bangga kerana jenama tempatan dari Malaysia juga mampu mencuri perhatian orang luar negara,” kata Norish Kareem.

Selain itu, Norish Kareem mendedahkan bahawa dia juga menggunakan khidmat orang Malaysia yang tinggal di London bagi butik kafenya.

“Saya guna khidmat jurubina daripada Bizarreka, UK dan kerja pembinaan pula dengan Prisma Facilities LTD,” katanya.

Butik kafe berkenaan turut menyediakan manisan seperti vegan pastri and kek. Istimewanya pula Norish Kareem akan mengeluarkan jenama kopinya sendiri yang sepenuhnya diperbuat daripada England.

Sebelum ini jenama fesyen NKC pernah menyertai pelbagai pertunjukan fesyen antarabangsa seperti di Muslim Lifestyle di Olympia, London, Indonesia Muslim Fashion Week, DC Fashion Week di Washington, Runway Dubai di Emiriah Arab Bersatu, Minggu Fesyen New York 2017, Minggu Fesyen Paris, London Modest Fashion dan terkini Minggu Fesyen London 2018.

Malah koleksi pakaian NKC juga boleh didapati di Beverly Hills, Amerika Syarikat dan di Emiriah Arab Bersatu, Dubai. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button