Cerita ArtisHiburan

Perkahwinan Nina Iskandar, Lan Lebah Akhirnya Jawab Persoalan

Setelah menafikan mempunyai sebarang hubungan istimewa, akhirnya spekulasi mengenai hubungan antara pelakon Nina Iskandar dengan seorang penolong pengarah yang dikenali sebagai Lan Lebah itu akhirnya terjawab.

Semalam, pelakon akhir kelahiran Brunei Darussalam itu telah mengadakan majlis resepsi perkahwinannya bersama penolong pengarah tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan, pasangan tersebut sebenarnya telah diijabkabulkan pada bulan April lalu dan mengadakan majlis resepsi semalam.

Sebelum ini, timbul kontroversi yang mengatakan bahawa pelakon itu menjadi punca kepada keruntuhan rumah tangga Lan Lebah dan bekas isterinya seperti yang didedahkan sebuah portal hiburan.

Malah, pada bulan Mac lalu Nina juga telah mengadakan satu sidang akhbar yang menafikan dakwaan tersebut serta mahu mengambil tindakan saman kepada pihak yang menyebarkannya.

Selain itu, pelakon berkenaan juga mendedahkan hubungannya dengan penolong pengarah itu tidak lebih sekadar teman biasa dan atas dasar profesional. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram David Teo

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button