Cerita ArtisHiburan

Perniagaan Adam Corrie Kurang Sambutan, Anak Dan Isteri Sakit

Sambutan Ramadan pada tahun ini ternyata telah memberikan ujian dan dugaan tersendiri buat pelakon Adam Corrie Lee.

Luah pelakon itu, ketika ini perniagaan menjual kurta yang dijalankan selama dua minggu sepanjang Ramadan ini kurang mendapat sambutan.

“Sepanjang lima tahun berniaga di Busana Menara Mara, ini merupakan kali pertama perniagaan diusahakan tidak seperti yang saya jangkakan.

“Bayangkan sudah dua minggu, namun jualan agak kurang. Sehinggakan pening saya memikirkannya mengenangkan masih beribu stok yang ada, malah perlu membayar sewa tapak sebanyak RM10,000,” ujarnya.

Adam berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran filem Ada Apa Dengan Dosa yang berlangsung kelmarin.

Menurut Adam, selain perniagaan yang dijalankan sekarang ini agak suram, dia turut berhadapan dengan ujian lain apabila anak dan isterinya kini berada dalam keadaan kurang sihat.

Menurutnya, ketika membawa anaknya Adam Fateh ke hospital untuk menyedut kahak, terdapat darah pada kahak tersebut.

“Pada mulanya anak yang sakit dan kemudian berjangkit pula kepada isteri. Saya syak yang anak saya sakit akibat jangkitan daripada individu lain yang mendukungnya.

“Apabila terlalu memikirkan masalah ini membuatkan saya sukar untuk tidur. Apa pun saya anggap ini semua adalah ujian untuk diri saya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button