• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Persembahan Kontroversi… Drama Band Akhirnya Tampil Mohon Maaf

Setelah hampir seminggu, Drama Band yang telah membuat persembahan sehingga menimbulkan kontroversi semasa Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34) telah tampil memohon maaf kepada TV3.

Menerusi satu kenyataan yang dibuat, band tersebut menyatakan buat niat mereka untuk menyinggung perasaan sesiapa dan mereka sekadar menyampaikan karya seni melalui cabang muzik kepada masyarakat.

“Ruang persembahan yang diberikan oleh pihak produksi amat dihargai oleh kami. Namun, pelbagai isu yang telah timbul terutamanya di media sosial amatlah tidak dijangka.

“Justeru itu, dengan rasa rendah hati kami memohon maaf di atas gimik persembahan yang telah dipersembahkan. Kami mengambil iktibar di atas segala yang terjadi dan menyesali perbuatan dan persembahan yang telah menyinggung perasaan sesetengah pihak,” ujarnya.

Menerusi kenyataan berkenaan juga, Drama Band turut mengucapkan terima kasih kepada pihak produksi dan TV3 kerana telah memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk beraksi di pentas AJL 34.

Sebelum ini, seorang lagi peserta AJL 34 iaitu Aina Abdul juga telah membuat permohonan maaf atas persembahannya yang dikatakan menjurus kepada konsep bunuh diri. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend