• FOLLOW US
Event, Hiburan

Puteri Gunung Ledang The Musical Tangguh Ke Tahun Hadapan

Pementasan teater mega, Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) yang sepatutnya dipentaskan di Istana Budaya pada 3 Julai ini ditangguhkan ke tahun hadapan berikutan pandemik Covid-19.

Menurut Ketua Kumpulan Enfiniti, Puan Sri Tiara Jacquelina, keputusan yang diambil itu amat berat buat dirinya namun terpaksa akur demi keselamatan para pelakon dan krew produksi.

“Saya bekerja keras untuk mengembalikan semula kegemilangan PGLM, jadi tentulah keputusan menangguhkan pementasan ini sesuatu yang amat berat untuk dilakukan.

“Bagaimanapun, saya harus mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan pelakon, pasukan produksi dan penonton yang menjadi keutamaan kami. Selain itu, saya juga harus akur dengan arahan kerajaan,” katanya memetik kenyataan media.

Menerusi PLGM yang dipentaskan sebelum ini, ia telah berjaya meraih lapan trofi kemenangan pada Anugerah Boh Cameronian 2007 termasuk kategori Pengarah Terbaik, Skrip Asal Terbaik serta Rekaan Bunyi & Muzik Terbaik. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend