Cerita ArtisHiburan

Putus Cinta Dengan Pelakon Janda Beri Ilham Alfie Zumi Hasilkan Lagu Sudah Ditentu

Setelah melalui episod kegagalan cinta yang terjalin selama empat tahun bersama seorang pelakon bergelar janda telah memberi ilham kepada penyanyi baharu Alfie Zumi untuk menghasilkan sebuah single berjudul Sudah Ditentu.

Menurut Alfie, lagu berkenaan dihasilkan ketika sambutan Hari Raya Pertama lalu dan direkod dalam tempoh sehari sahaja.

“Ketika itu perasaan saya memang sangat down disebabkan masalah cinta dan keluarga, tetapi sebenarnya lebih kepada masalah cinta.

“Saya rasa macam dah banyak membuang masa dengan cinta. Cuma lagu ini tidak ada kaitan pun dengan kisah cinta saya,” jelasnya sambil mengakui mereka hampir mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, Alfie difahamkan telah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Oktovia Manrose selama empat tahun sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk berpisah.

Menurut Alfie, Sudah Ditentu merupakan sebuah lagu mengenai seorang lelaki yang mempunyai cita-cita tinggi tetapi telah terhalang.

Dalam pada itu, bercerita lebih lanjut tentang kisah cinta lalunya yang sudah menemui noktah, Alfie merasakan bahawa ibunya menjadi salah satu sebab dia tidak boleh lagi bersama dengan pelakon berkenaan.

“Sebenarnya saya sendiri tidak kisah dengan statusnya dahulu, malah ketika dia terlibat dengan penggambaran saya yang tolong menjaga anaknya.

“Apapun saya anggap semuanya yang terjadi sebagai pengajaran. Kami mula bercinta pun selepas saya habis belajar. Malah, saya sendiri pun tak pernah jalin hubungan serius dengan mana-mana gadis,” ujarnya yang juga merupakan finalis program Rap Star ERA.

Mengenai lagu Sudah Ditentu, Alfie menyatakan ia merupakan lagu sulungnya yang cuba untuk dikomersialkan.

Ujarnya, sebelum ini dia pernah menghasilkan lebih daripada 10 buah lagu dan hanya dikongsi menerusi Instagram miliknya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button