Cerita ArtisHiburan

Ramai Bertanya… Ain Edruce Akhirnya Dedah Kini Sedang Hamil

Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara popular Ain Edruce kini disahkan hamil cahaya mata sulung.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Ain menerusi saluran YouTube miliknya iaitu ‘Ain Edruce’ setelah mengakui ramai yang bertanya tentang perkara tersebut.

“Ain rasa sudah tiba masanya untuk Ain kongsi semuanya. Yes, I’m pregnant. Ain mengandung, alhamdulillah…

“Sebelum memang ada orang cakap nampak baby bump, tapi Ain tak boleh nak cakap apa-apa sebab terlalu awal dan sekarang Ain dah boleh share kat korang,” kongsinya di video berkenaan.

Mendedahkan bahawa dia kini sudah hamil empat bulan, Ain berkata dia menyedari dirinya berbadan dua hanya beberapa hari sebelum dia suami pergi bercuti ke Langkawi.

Ujarnya, dia telah membuat kehamilan setelah lambat datang bulan dan mengelak daripada membuat sebarang aktiviti lasak sepanjang bercuti.

“Buat sesetengah orang tahun 2020 banyak sangat benda tidak elok terjadi, kerja susah, rezeki kurang. Namun bagi Ain, 2020 ini hari yang paling diingati dan tak boleh lupa sebab saya hamil,” katanya.

Dia berkahwin dengan ahli perniagaan Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019 selepas mengikat tali pertunangan selama enam bulan. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Ain Edruce

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button